Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Potluck & Salam Perpisahan

Hari ini ada potluck. Alhamdulillah sambil2
makan sambil beramah mesra.
Al maklum masing2 memang sibuk
sampai tak tertegur sapa....
Terima kasih kepada kawan sponsor makan2 ni.
Moga rezki anda ditambah Allah....

Lepas makan2 semua berkumpul di dewan multaqa'.
Hari ini ada majlis salam perpisahan
kerana boss saya, tn hj karim b man telah
dinaikkan pangkat jadi pegawai besar di ppd raub.
"Dulu saya jaga seribu orang,
guru dan pelajar
satu sekolah,
sekarang saya jaga beratus2 cikgu

dan beribu2 murid dan pelajar untuk satu daerah.

Satu tanggungjawab dan amanah yang besar
."
kata boss saya semasa berucap tadi.
Memang ya... ia satu amanah dan tanggungjawab
lebih2 lagi sebagai pemimpin,
kerana setiap kita akan dipersoalkan balik
nanti di akhirat kelak.
Lebih2 lagi dalam hari ini, kita sebagai guru2
juga perlu memimpin remaja2 kita ke arah
matlamat hidup yang lebih jelas.
Yang tersurat kita menyampaikan ilmu
tapi yang tersirat, kita pembentuk acuan akhlak
dan peribadi mereka kerana kerana separuh
dari masa mereka hampir 7 jam
dari 7.40 am hingga 2.40 pm
mereka berada di sekolah.
Maka nak tak nak,
mereka menjadi tanggungjawab kita.
Jangan biarkan mereka hanyut....

Sabda Rasullah SAW yang diriwayatkan
oleh Imam Bukhari :
"Ingatlah! Setiap orang daripada kamu
adalah pemimpin

dan setiap kamu bertanggungjawab

terhadap apa yang dipimpinnya
."

"Wahai orang yang beriman.
Mengapa kamu memperkatakan

apa2 yang kamu tidak kerjakan.

Amat besar kebenciannya di sisi Allah

bahawa kamu memperkatakan
sesuatu
yang tidak kamu lakukannya."
Surah Al-Saff : 2-3.

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu