Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

CRK

Last minute hari ini minta crk dari boss
sebab menguruskan kemasukan kak long
untuk program ikip-jordan dalam jurusan
ekonomi (syariah & perbankan islam).
Maka pagi2 ke bangunan yayasan pahang
di tanjung lumpur. Berurusan dengan
ustaz termizi, borang2 dan surat perjanjian.
Sesuatu yang mencuit hati berlaku,
tak pasal2 pakcik guard kena soal siasat oleh saya.
Huhu... bukan nak salah mereka yang menjalankan
tugas, tapi cuma terkilan dengan prosedur yang
saya rasa macam tak berapa nak puas hati....
What they did?
The security guard asked for mycard.
He scanned it, and all my info get into his computer.

In seconds my picture, my thumb print,

my ic number on the computer screen
.
Saya cuba mempersoalkan...
"Pakcik mengambil maklumat tanpa kebenaran saya."
respon saya sebab saya tak sangka dia nak scan,
ingatkan nak tulis nama dan alamat je kat buku pelawat.
Setakat nak masuk bangunan, tak kan nak
beri semua info dari my card saya.
"Apa jadi kalau maklumat saya disalah guna pakai?"
soal saya lagi dengan nada kurang senang hati.
ItalicYelah, lebih2 lagi no ic, apa2 online
masuk je no tu dapat info.
Dengan muka dan nada yang tak agak selesa,
"Saya tak tahu, orang atas suruh buat."
jawab pakcik guard tu.
Saya akur, namun security guard kat dalam
bangunan pulak jadi m
angsa ke dua saya untuk
saya pertikaikan prosedur yang tak berapa
saya setujui....
They took my private info without
my permission!
Itu yang saya rasa tak berapa kena.
Entahlah mungkin ini sudah jadi
biasa sejak mycard diperkenalkan.
Tapi bagi saya nombor ic tu agak privacy
nak diberi sebarangan sebab ia sudah jadi
no identiti penting dalam urusan online dan sebagainya.
Wallahu'alam... moga Allah selamatkan saya
dalam sebarang urusan dunia yang sementara ini.

Selesai berurusan disitu, saya ke pejabat
pendaftaran di indera mahkota.
Kak long sudah genap 18 tahun, maka kena
tukar mycard baru, lambat nanti kena denda pulak.

Buat kak long, sebagai ibu bukan mudah
nak memujuk hati umi dan cukup berat
untuk melepaskan kak long meneruskan pengajian
ditempat baru. Cabaran hari ini tak sama macam dulu2.
5 tahun benih2 yang umi tanam di smakl
mula tumbuh dan hidup subur.
Sahabat2 sana bantu baja, siram dan jagainya.
Jangan persia2kan pohon
yang sudah mula nak merendang.
Buahnya baru mula nak berputik.
Bunganya baru mula nak mengembang.

Kak long harus terus menjaga dan menbajainya.
Kalau dulu ada yang membantu menjaganya
tapi kali ini kak long harus melakukannya sendiri.
Cari air dan baja sendiri untuk jaga.
Maka kekuatan itu harus dicari dan disuburkan.

Oleh itu di hati umi masih terus berbisik2
kolej terbaik dunia ialah masih lagi
kolej tarbiyah dan dakwah....


0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu