Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Majlis



Tadi masa perhimpunan ada majlis pentauliahan
watikah perlantian pengawas, ketua kelas & penolong,
koperator dan ajk charity.
Ketua pengawas yang dilantik saudari azliza.
Hah.. tahun ini pelajar perempuan telah 'merampas'
jawatan itu dari pelajar lelaki.
Aduhai mana pergi pelajar2 lelaki smkpb...
Hakikatnya begitulah, cukup sukar hari ini
untuk mencari mereka yang berwibawa dan
berpotensi untuk menonjol ke depan
sebagai seorang pemimpin.



Ini keratan akhbar NST hari ini.
Do we as teacher bother about this figure?
Kata Yusuf Qardawi,
Bahawa pemuda adalah kekayaan hakiki bangsa ini.
Kekayaan paling berharga bukanlah emas hitam,
emas putih, mahu pun emas kuning.
Kekayaan paling bernilai adalah kekayaan insani,
dan kekayaan insani yang paling berharga adalah pemuda.
Sebab mereka mencerminkan masa depan bangsa ini.
Dan merekalah yang akan menwujudkan hari esok.
Adakah anda ingin mengetahui masa depan
suatu bangsa, lihatlah para pemudanya.
Bagaimanakah keadaan mereka?
Bagaimanakah akhlak dan moral mereka?
Apa orientasi dan impian mereka?
Apa tujuan dan cita2 mereka dalam hidup ini?
Melalui pertanyaan2 itu, anda bisa
menghukumi suatu bangsa.
Apakah tergolong bangsa yang ditakdirkan
tumbuh berkembang dan menerajui kemajuan?
Atau, tercatat sebagai bangsa yang merosot
dan mengalami kemunduran...

Maka sedikit sebanyak bila bersama anak2 pelajar
kita sentuhlah hati mereka tanpa jemu2
agar jiwa mereka tidak kosong.
Siapakah yang lebih baik perkataannya
selain dari mereka yang menyeru kepada kebaikan
dan mencegah kepada kemungkaran.

p/s : hari ini hari lahir kakak saya yang ke...
Moga Allah berkati hidup mu dan
menguatkanlah ikatan kekeluargaan kita.

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu