"Pah free tak petang ni?" tanya rakan saya Pah Radziah
dalam telefon tadi. Kebetulan ijtima' am tangguh hari ini
maka jawab saya, " Tak ke mana, mengapa?" tanya saya balik.
"Tadi pengetua call ajak saya ziarah Kak Ani.
Saya pun nak ajak awak sekali kalau nak ikut."
terang Pah kepada saya. "Boleh juga." balas saya.
Maka tadi jam 3.00 petang saya, Pah Radziah,
Siti Arija dan Haniliza (siapa lagi kalau bukan
jemaah Sg. Isap - pinjam kata2 Pah Radziah)
telah menziarahi Kak Hjh Noraini Jalil di rumahnya
di Indera Mahkota. Kami singgah di Bukit Setongkol
dulu untuk menjemput Hjh Hatijah, pengetua SMKPB.
Seperti biasa kedatangan kami di sambut
dengan air mata gembira.
Badan dan wajah Kak Ani susut
dan langkahnya agak perlahan.
Kesedihan ayahandanya yang baru pulang
ke rahmatullah selasa lalu masih belum reda.
Lebih2 lagi beliau sendiri pun operate
pada isnin sebelumnya.
Luka operation masih belum sembuh.
Agak lama juga kami mendengar Kak Ani
bercerita meluahkan apa yang terbuku.
Tapi alhamdulillah kedatangan kami memberi
sokongan untuk Kak Ani agar tabah dan sabar
atas apa yang berlaku.
Kekadang pemikiran kita tidak menjangkau
ada hikmah Allah di sebaliknya.
Hampir jam 5.00 petang
baru kami meninggalkan rumahnya.
Doa saya moga Allah memberi kekuatan
buat Kak Ani untuk menghadapi ujian ini.

0 comments:
Post a Comment