Petang tadi sesi ke 2 Kursus Pembinaan Blog.
Semalam guru2 bidang bahasa & kemanusiaan.
Hari ini ajar guru2 bidang sains & matematik,
teknik & vokasional dan pendidikan khas.
Moga semua dapat manafaatkan ilmu untuk kebaikan.
And special thanks to Sis Syikin, Sis Hasra and Sis Hasmalinda
for helping me conduct the course.
Hah.. to Nini, next time no excuse ye..
dalam diam rupa2nye you're an active blogger too...
Malam ini sepatutnya ada halaqah
tapi tangguh atas sebab2 tertentu.
Saya mengambil kesempatan meminta izin dari suami
untuk ke taman pertanian bagi meninjau
perkembangan pelajar hardcore yang sedang
menjalani kursus kem anak2 soleh di sana.
Maka setelah mendapat green light
(sebabnya anak2 kena lah ditinggalkan bersama walidnya)
saya drive dalam hujan renyai2 bersama jemaah Sg Isap
siapa lagi kalau bukan Pah Radziah dan Siti Arija.
Sesampai terkejut saya melihat sebab fizikal mereka2
sudah pun berubah.... All of them are in bold head.
Dan sesi malam ini sepatutnya dijalankan bersama ibubapa
tapi hanya beberapa kerat je yang mampu hadir
untuk meluang masa bersama anak2 mereka.
Dan malam ini saya tersentuh melihat anak2 pelajar saya.
Selama ini mereka dilihat sebagai pelajar
yang nakal, degil, tak dengar kata dan berbagai2 kerenah.
Rupa2nye kekadang terlupa untuk melihat kenapa
mereka besifat demikian. Mereka adalah remaja2 yang
berkonflik untuk mencari identiti diri. Mangsa keadaan
dimana tidak pernah mendapat belaian kasih sayang dari keluarga
kerana mungkin dari keluarga ibubapa yang sudah terpisah
atau pun yang sibuk mencari rezeki hingga alpa
bertanya khabar anak2 mereka.
Maka rakan2lah menjaditempat mereka mengadu.
Jika temannya baik, maka baiklah mereka
dan jika temannya nakal, maka nakal lah mereka.
Dan sesi malam tadi, motivator telah berjaya
menyentuh hati anak2 pelajar tentang kealpaan mereka.
Rupa2nya dalam nakal2 hampir semua menitiskan air mata.
Jikalah disaat itu ibu bapa mereka ada bersama mereka
tentu mereka merasai anak2 mereka sebenarnya
dahagakan kasih sayang dan belaian mereka.
Cikgu doa anda bukan insaf setakat di kem saja tapi
balik nanti semua boleh berubah menjadi insan yang lebih baik.
Dan masih ada ruang untuk mereka merubah diri
dengan sokongan dari kita guru2.
1 comments:
Asm.....aik ada gak naik nama dlm posting ni....
Tak boleh nak elak dah....cikgu it la katakan..tak de masa pun...kena sealiran dgn teknologi....
Post a Comment