Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Wednesday



Hari ni hari Rabu, perhimpunan koku macam biasa
di dewan multaqa'. Tengok siapa saya jumpa???
There are the hardcores of smkpb.
Sempat lagi nak berposing sebelum naik bas.
3 hari mulai hari ini mereka di hantar
ke Taman Pertanian Indera Mahkota
untuk Kem Anak-anak Soleh.
Maka hari ini kuranglah sikit riuhnya.
Lalu di kelas 4 cemerlang dan 5 cemerlang
kurang lah mereka2 yang merayau2 di koridor
dan melawat2 bilik termenung...
Jauh kita dari akhlak terpuji
kerana hati kita jauh dengan Allah.
Carilah iman, tanam dalam2 dan hati.
Cikgu doa all of you will get something
after coming back from the camp.



Petang ada inhouse kat makmal ict.
Cikgu2 diajar buat blog.
Hah... meriah makmal sebab mengajar murid2 tua.
Semua ceria2 belaka dan look excited to learn...



Balik petang saya dan Said je di rumah.
Abbas dan Nazirah belum balik tae kwan do.
Maka Said meneman saya di dapur.
"Umi ulat apa tu?" Said tanya bila lihat saya menyiang udang.
"Said tu bukan ulat, udang..." balas saya.
"Oh.. udang ye... Mama nak masak apa?" tanya Said.
"Mama masak mee basah, Said suka kan?" jawab saya.
"Suka..." kata Said dengan senyum.



Maghrib jemput cikgu2 SeRIA ke surau ada
khidmat masyarakat HALUAN.
Jumpa Hanan yang cute miut... rasa nak cubit pipi.
Itulah anak2 muka bersih tanpa dosa dan noda...

Antara pesanan penceramah, dagang nya Islam hari ini.
Orang Islam tahu solat itu wajib,
tapi masih ramai tak mengerjakannya.
Orang Islam baca al-quran,
tapi masih ramai belum cuba memahami
dan mengamalkan maksud dari ayat2 al-quran.
Maka renung2kan...

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu