Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Ekspedisi Jejak Asnaf dan Bantuan Ramadhan HALUAN Pahang

Ekspedisi jejak asnaf dan bantuan Ramadhan HALUAN Pahang

Tuesday, 07 September 2010 14:38
Ramadhan Al Mubarak bukan sahaja bulan untuk berpuasa tetapi ianya juga adalah bulan untuk berkasih sayang sesama insan. Kewajipan mengeluarkan zakat fitrah dan galakan bersedekah dan memberi makan orang yang berbuka puasa serta menyantuni orang miskin dan anak-anak yatim adalah ibadat kemasyarakatan yang tinggi nilainya.

Menyedari dan menghayati keutamaan ini, HALUAN Pahang telah mengadakan program ekspidisi menjejaki asnaf dan bantuan ramadhan di beberapa buah penempatan yang dikenal pasti di kawasan Balok dan Sungai Ular, Kuantan.

Ziarah mahabbah masyarakat miskin

Ziarah mahabbah masyarakat miskin

Sempena cuti hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2010, ahli-ahli HALUAN Pahang telah berjaya menziarahi dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada beberapa individu dan keluarga yang fakir miskin, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) di sekitar Balok dan Sg. Ular.

Program ekspidisi seperti ini adalah merupakan program tahunan HALUAN Pahang bertujuan menyelami dan merasai penderitaan golongan yang kurang bernasib baik dalam menjalani kehidupan harian dalam bulan Ramadhan dan persediaan mereka menyambut Syawal. Di samping itu, HALUAN Pahang juga dapat menyampaikan sedikit sumbangan kewangan dan bahan mentah untuk mengembirakan mereka hasil sumbangan derma dari ahli-ahlinya.Justify Full

Program ini telah disertai oleh seramai 30 orang ahli HALUAN termasuklah daripada HALUANITA dan Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa). Mereka telah diketuai oleh Yang DiPertua HALUAN Pahang, Tg Abd. Rashid b Tg Othman. Mereka berlepas dari Pejabat HALUAN Pahang menuju ke lokasi dengan menaiki 6 buah kenderaan seawal jam 8.30 pagi.

Sumbangan kepada OKU

Sumbangan kepada OKU

Menyelami rasa hati asnaf

Menyelami rasa hati asnaf

Ekspidisi kali ini tertumpu kepada masyarakat Islam Rohingya yang tergolong di bawah program orang pelarian UNICEF. Rata-rata mereka hidup dalam keadaan sungguh dhaif dan menyedihkan. Mereka tidak berpeluang mendapat kemudahan dan kesenangan hidup termasuklah persekolahan anak-anak dan pekerjaan yang sebaiknya. Majoriti daripada mereka adalah fakir miskin dan kurang upaya. Paling menyedihkan, kehidupan beragama mereka jauh tertinggal dan dan terabai. Sesuai dengan peringatan Nabi SAW yang bermaksud, "hampir-hampir kemiskinan itu membawa kepada kekufuran."

Dengan bantuan wakil penduduk, kami menjejaki masyarakat di sini dari rumah ke rumah menyantuni mereka dan menyampaikan bantuan makanan dan kewangan. Mereka amat gembira bertemu dengan rombongan dari HALUAN dan bersyukur menerima sumbangan kami. Ada dari kalangan mereka yang tidak pernah mendapat apa-apa bantuan dari mana-mana pihak bertahun yang lalu. Paling menyedihkan juga, penduduk tempatan yang majoritinya orang Melayu kurang prihatin atau member perhatian untuk membantu meringankan bebanan hidup mereka yang miskin ini.

Bersama anak-anakyang tidak bersekolah

Bersama anak-anakyang tidak bersekolah

Berkongsi penderitaan

Berkongsi penderitaan

Menurut YDP HALUAN Pahang, kedhaifan hidup mereka telah banyak memberi pengalaman baru kepada anggota rombongan, khususnya HALUANITA dan HALUANSiswa untuk bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan. Mereka begitu teruja mendengar luahan hati dan perasaan mereka yang susah ini. Program ini juga telah memberi peluang bagi kami menyedari bahawa di sekitar kita ini masih ramai lagi insan yang dhaif yang memerlukan bantuan tetapi diabaikan lantaran karenah birokrasi dan terlepas pandang pihak yang berkaitan.

Menyampaikan sumbangan dengan cara menjemput mereka dating kepada kita adalah tidak sama dengan penyampaian sumbangan dengan cara menjejaki kehidupan realiti mereka dengan melihat sendiri kedhaifan mereka. Rumah yang buruk dan uzur, anak-anak berpakaian lusuh dan comot, kanak-kanak yang kulit mengerutu dan berkudis, tidak bersekolah dan rambut yang kusut masai adalah sketsa kehidupan mereka sehari hari. Siapakah lagi pihak yang sudi membantu mereka secara berterusan.

Menjejak rumah asnaf

Menjejak rumah asnaf

HALUANITA menyantuni asnaf

HALUANITA menyantuni asnaf

Dalam pertemuan ini mereka mengharapkan HALUAN dapat membantu menyediakan perbelanjaan untuk menaja guru yang dapat mengajar anak-anak mereka perkara asas fardhu ain dan Al Quran agar anak mereka tidak terus membesar dalam keadaan jahil dan terbiar. Mereka juga berharap program ibadah qurban di masa akan datang dapat diagihkan kepada mereka juga.

Alhamdulillah, program ini berjalan lancar dan berakhir jam 1.00 tengahari. Ahli rombongan HALUAN Pahang merasa amat berpuashati dapat menyatuni insan-insan yang sememangnya dhaif ini. Sumbangan yang diberikan sungguh bererti bagi mengurangkan sedikit bebanan mereka di bulan Ramadhan ini. Kami bersyukur dapat berkhidmat secara langsung kepada masyarakat sesuai dengan moto HALUAN - berakhlak, mendidik dan berbakti. Semoga khidmat bakti kami ini diberkati oleh Allah dan akan berusaha lebih gigih lagi untuk membantu masyarakat yang memerlukannya secara berterusan jika dizinkan.

--------------------------

Laporan disediakan oleh Abd. Bashir b Abd. Ghani, Biro Seranta dan Penerangan HALUAN Pahang.

SUMBER : http://www.haluan.org.my/v3/index.php/ekspedidi-jejak-asnaf-dan-bantuan-ramadhan-haluan-pahang.html

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu