
Kami sekeluarga menuju ke bangi
kerana raya tahun ini diraikan dirumah umi 'ah
memandangkan arwah uncle ayub baru meninggal.
Bonda dan ayahanda sudah pun berada
di sana sejak hari rabu lagi.
Perjalanan smooth sebab kenderaan banyak yang keluar kl,
kami yang ke kl line clear....
Huhu... kali ini raya kami tak balik kampung,
sebaliknya raya di bandar....

Kali ini cucu2 dara kena turun padang
al maklum sebab semua sudah besar panjang,
takkan nak tunggu makan je kan....

Tok'ki siap jadi mandor...

umi dah anyam ketupat nasi.
Memang teringat sangat, kalau tidak biasanya
arwah uncle ayub yang akan sibuk menganyam
dan merebus ketupat.
Tahun ini umi dah cuba2 menganyam ketupatnya.
Jadilah jugak, tapi mesti tak sama kan...
Tengah2 sibuk buat kerja blackout pulak.
Huhu... umi 'ah lupa bayar bill elektrik ke....
0 comments:
Post a Comment