Tiba masa saat2 terakhir akan tiba jua dalam setiap kehidupan kita. Maka tidak mampu untuk kita anjakkan atau undurkan barang sesaat. "Tiap2 yang berjiwa alan merasakan mati." (Ali Imran : 185).
Namun manusia walaupun tahu kematian adalah satu yang pasti, ternyata masih berbeza dalam membuat persiapan. Ada yang menyiapkan dirinya dengan sepenuhnya dan ada pula yang melalaikan. Sedangkan beruntunglah sesiapa yang menyiapkan dirinya untuk menghadapi kematian itu dan merugilah siapa yang tidak menyiapkan dirinya untuk hal itu.
Lihatlah sekelumit hidup para solehin. Dikisahkan Al-A'mash seorang muhaddits, telah menyiapkan dirinya selama 60 tahun, dengan melaksanakan solat berjamaah bersama imam tanpa pernah ketinggalan takbiratul ihram. Menjelang kematiaannya, anak2nya menagisinya, namun cub akita renung kata2 Al-A'mash, "Jangan kalian menangisi aku! Sebab demi Allah, aku tidak pernah ketinggalan takbiratul ihram bersama imam selamat 60 tahun."
Juga Sa'id bin Musayyah, seorang tokoh dikalangan para tabi'in. Beliau telah menyiapkan dirinya selama 40 tahun, iaitu berada di masjid Rasul sebelum muadzin melaungkan azan.
Manakala Al-Watsiq adalah khalifah Bani Abbasiyah yang dikenali bengis dan telah membunuh Ahmad bin Nashir Al-Khuzza'i, salah seorang tokoh Ahlus Sunnah wal Jama'ah, kerana menolak mengatakan bahawa al-Quran itu makhluk. Bagaimana kematiannya? Ketika Al-Watsiq telah mati dan dibaringkan tiba-tiba seekor tikus datang lalu mengambil kedua matanya dan memakannya.
Maka itulah gambaran saat2 terakhir yang dialami oleh orang2 soleh dan orang2 durhaka atau lalai. Dapat kita bayangkan pemergian mereka2 yang soleh amat menenangkan manakala mereka yang lalai amat mencemaskan.
Kita yang masih bernyawa inilah seharusnya memikirkan jejak mana yang hendak kita lalui, lalu jangan berlengah lagi untuk membuat persiapan. Kerana tiba masa kita juga akan merasakan saat2 terakhir itu....
nota: tadi 9:26 PM mendapat berita abah cikgu kamisah telah pulang ke rahmatullah. Moga adikku tabah dan sabar.
Wallahu'alam.

0 comments:
Post a Comment