Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Misi 3 HALUAN ke Padang

Pasukan Ketiga sambung misi bantuan HALUAN kepada mangsa gempa di Pariaman

Ahad 25 Oktober, LCCT SEPANG - 9 orang relawan dari Pasukan Ketiga Misi Kemanusiaan Padang telah selamat berlepas ke Padang, Indonesia pagi tadi bagi meneruskan usaha membantu mangsa gempabumi. Pasukan ini dianggotai oleh beberapa orang relawan kanan yang berpengalaman dalam misi kemanusiaan beserta dua orang doktor wanita, paramedik dan relawan-relawan muda yang mewakili Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa.) Mereka merupakan kumpulan relawan susulan setelah Pasukan Kedua selamat pulang ke tanahair minggu lalu.

Sdr Abd Basir Abd Ghani, yang juga merupakan Timbalan Setiausaha HALUAN Pahang, akan mengetuai pasukannya memberi khidmat bantuan berbentuk klinik bergerak dan kerja-kerja pemulihan ke kawasan pendalaman di sekitar wilayah Pariaman. Wilayah tersebut merupakan kawasan yang paling teruk terjejas akibat gempa berskala 7.9 Ritcher yang melanda 30 September lalu, di mana banyak rumah-rumah dan prasarana, termasuk masjid, roboh atau rosak.

Dilaporkan 85 peratus daripada infrastruktur di Sumatera Barat hancur akibat gempa tersebut. Di Kabupaten Padang Pariaman, seramai 468 orang dilaporkan terkorban. Seramai 540 orang masih lagi dirawat di hospital, manakala 210 orang masih hilang.

Menurut Ketua Biro Bantuan Kecemasan dan Misi Kemanusiaan HALUAN, Dr Syed Muhammad Haleem, relawan Pasukan Ketiga telah membawa bersama mereka bekalan ubatan, makanan-makanan berasaskan beras dan juga keperluan pakaian wanita dan anak-anak. "Kita berharap ubat-ubatan yang dibawa dapat menampung keperluan mangsa-mangsa di sana. Berdasarkan kepada laporan relawan-relawan HALUAN sebelum ini (Pasukan Pertama dan Kedua) yang berkhidmat di kawasan kampung-kampung sekitar Pariaman, kita masih memerlukan banyak bantuan ubat-ubatan asas seperti ubat batuk, demam dan selsema," terang beliau.

Menurut Dr Syed Muhammad Haleem lagi, kerjasama erat di antara HALUAN dan NGO tempatan seperti Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI) dan Pelayanan Rakyat Adil Sejahtera (PRAS) dapat melicinkan operasi bantuan relawan HALUAN. "Mereka membantu relawan HALUAN dalam hal logistik dan akses ke kawasan-kawasan yang masih belum mendapat bantuan," jelas Dr Syed Muhammad Haleem.

"Saya menyeru kepada masyarakat prihatin supaya dapat terus memberi bantuan kepada saudara kita di sana. Sebahagian daripada mereka masih lagi berada dalam fasa kecemasan, berhadapan dengan masalah keperluan sosial dan juga memerlukan bantuan psikologi. Bantulah mereka ketika mana mereka memerlukan bantuan, jangan kita bertangguh-tangguh sehingga mereka berputus asa dalam menghadapi masalah akibat musibah ini," kata Dr Syed Muhammad Haleem.

Anda boleh menyalurkan bantuan melaluiJustify Full

Tabung Kemanusiaan HALUAN atas nama ”HALUAN”
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun 14-023-01-002 571-8

Semoga sumbangan yang diberikan, walaupun sedikit, akan mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah swt.

Sumber : www.haluan.org.my

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu