Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Kehadiran Misi 2 di Padang

Penduduk Pariaman ceria menyambut kedatangan Pasukan Kedua

5 Oktober 2009, PARIAMAN, SUMATERA - Penduduk daerah Pariaman dengan penuh harapan dan keceriaan menyambut kedatangan Pasukan Kedua dari Misi Kemanusiaan Padang yang menggantikan tugasan Pasukan Pertama yang telah selamat pulang ke tanahair Isnin lalu.

Pasukan Kedua ini diketuai oleh Sdr Zailani Mohd Ali dari HALUAN Johor dan dibantu oleh Dr Mohd Arif Abd Rashid dari Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) Kelantan, Dr Shamsul Baharin dari KKH Johor, Sdr Azmi Yaakob dari HALUAN Pahang, Sdr Amri Mat Zain dari HALUAN Selangor dan Sdr Ahmad Hafizuddin yang mewakili Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa.)

Sebagaimana Pasukan Pertama, mereka bekerjasama dengan NGO tempatan, termasuk Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI,) dalam menjayakan bantuan berbentuk klinik bergerak ke kawasan-kawasan terpencil di sekitar Pariaman. Terdapat ratusan kampung-kampung terpencil yang masih menantikan bantuan asas dan rawatan kesihatan akibat tragedi gempabumi yang melanda Sumatera Barat awal Oktober lalu. Menurut laporan NGO tempatan, kawasan-kawasan terpencil ini kurang mendapat perhatian pasukan-pasukan bantuan kerana sukar untuk dimasuki, sedangkan daerah ini merupakan kawasan yang paling terjejas dan paling ramai terkorban akibat tragedi itu.

Setibanya mereka di Bandara Internasional Minangkabau, Pasukan HALUAN telah disambut oleh rakan-rakan NGO tempatan. Mereka dibawa ke pusat koordinasi lapangan di Sg Geruncginci untuk mengikut taklimat operasi, dan seterusnya bergerak memberikan bantuan medikal di kawasan Desa Batu Mengaum, Pariaman.

Dalam laporan mutakhir mereka, Pasukan Kedua HALUAN menyebut bahawa ketibaan mereka di Pariaman begitu dinanti-nantikan oleh penduduk kampung. Rata-rata mereka melahirkan rasa puas hati dengan usaha bantuan relawan HALUAN dan ceria menerima khidmat mereka.

70 peratus daripada rumah di kawasan Desa Batu Mengaum rosak mengalami keretakan, manakala 10 peratus lagi rosak teruk. Selepas dua minggu berlakunya tragedi gempabumi, penduduk-penduduk kampung kini sangat memerlukan bantuan samada keperluan asas sara hidup mahupun rawatan dari pelbagai penyakit seperti sakit mata, batuk dan lelah. Ramai dari kalangan mereka juga sangat memerlukan antibiotik analgesic dan vitamin. Sesetengah kawasan masih bergelap dan kebanyakannya tidak mendapat bekalan air bersih.

Selain dari bantuan perubatan, relawan HALUAN juga membantu NGO tempatan mengagihkan bantuan makanan, pakaian serta khemah-khemah sementara kepada mangsa. Dilaporkan NGO tempatan sungguh gigih, bekerja siang dan malam, membantu mangsa-mangsa di kawasan terpencil yang masih menantikan bantuan.

HALUAN menyeru supaya masyarakat prihatin dapat terus membantu jiran kita di Padang yang berhadapan dengan musibah ini. Kita wajar menginsafi betapa kesusahan kita di Malaysia cumalah secebis dari kesusahan saudara-saudara kita di sana. Anda boleh menyalurkan sumbangan kewangan kepada Misi Kemanusiaan Padang ini melalui

Tabung Kemanusiaan HALUAN atas nama ”HALUAN”
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun 14-023-01-002 571-8

Semoga sumbangan yang diberikan, walaupun sedikit, akan mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah swt.

Sumber : www.haluan.org.my

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu