Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Backpain...

Bangun tidur hari ni saya sakit pinggang.
Mungkin kerana aktiviti hujung minggu,
4 hours non stop driving back and forth
from kuantan to
putrajaya.
I can't blame, in fact may be it's a sign.
In a way Allah wants to tell me

that I'm getting older.

So it's a reminder, be prepared
as when it's time to meet HIM,

no one can deny.

Maka mengingatkan saya pada pagi jumaat lepas,
zaujah cikgu mustafar (arwah hajah salbiah)
telah dipanggil pulang oleh Allah.
Cikgu pa merupakan guru perdagangan
sewaktu saya menuntut di mrsmkt (1980-1984).
Doa saya cikgu, anak2 dan keluarga
tabah dan bersabar atas ujian ini.
Moga arwah bersama orang2 beriman dan soleh,
insya'Allah. Tidak cukupkah lagi
bahawa ia mengingatkan kita,
tiba masa kita akan pergi jua...


Berbalik pada sakit belakang tadi,
lalu saya mencapai ubat makjun bonda yang
masih berbaki dan menelannya sebanyak 10 biji...
Alhamdulillah, menghampiri tengahari
kesakitan mula hilang.
Itulah mujarabnya makjun bonda,
dengan izin ALlah.
Cerita pasal makjun ini, ia adalah warisan
makjun dari ayahanda kepada bonda(arwah ki su).
Melihatnya, ada rahsia yang tersirat,
Maafkan saya bonda kalau saya hampir terlupa....
Makjun inilah yang menjadi pendapatan tambahan
bonda sewaktu jerit perih membesarkan
kami 7 beradik. Memikirkannya,
saya masih ingat menyediakannya
merupakan satu yang rumit,
lebih2 lagi dengan sikap bonda yang cukup teliti.
Bahan rempah ratusnya perlu di basuh betul2
dan dikeringkan. Kalau kulit serapat tu perlu
di ricih kecil2 terlebih dahulu.
Kemudian di jemur sehingga kering.
Semasa dalam proses itu, tak boleh sesiapa
pun menyentuhnya, kalau terpegang je,
bonda akan basuh dan jemur semula sampai kering.
Ayahanda dalam sibuk2 mencari nafkah
juga turut membantu menghantar
bahan2 untuk di kisar.
Bila sudah jadi serbuk, tangan bondalah
akan mengentelnya sebiji2 dan di jemur.
Mana ada mesin...
Pasarannya kepada saudara mara yang terdekat
atau mereka2 yang tahu bonda ada menjualnya
40 biji/paket dengan harga RM1.
Hasilnya, sebagai tambahan bonda menyara kami
atau selebihnya disimpan dalam tabung haji.
Kini dengan kudrat yang terhad,
bonda buat untuk anak2 dan anak2 saudara je.
Dan maafkan kami anak2 bonda
kerana dalam adik beradik
masih belum ada
yang mampu untuk meneruskan warisan ini...
Maafkan kami anak2 bonda
kerana bukan menganggap
hidup kami sudah senang.
Maafkan kami anak2 bonda
kerana tak mampu untuk
kami memberi apa2 alasan.
Maafkan kami anak2 bonda
jika kami hampir terlupa
kisah bonda ini...
kisah perit jerih ayahbonda
membesarkan kami...


Insya'Allah kami sentiasa berdoa buat ayahbonda,
"Ya Allah, ampuni dosa kedua ibubapa kami,
kasihilah mereka sebagaimana

mereka mengasihi kami
semenjak dari kecil lagi...."

2 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah October 24, 2009 at 10:02 AM  

Salam Pah,

Alhamdullilah dgn izinNya sakit pinggang tu berkurangan / baik. Oh..rupanya bonda pandai buat makjun. dulu2 kak nab makan jugak makjun...

cikgu sharifah October 25, 2009 at 12:40 PM  

Wa'alaikum salam, thanks K Nab,sudah OK. Sekarang ni jarang org makan makjun, sebab alternatif suppliment banyak dah di pasaran.

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu