Ini panggilan ke tiga selepas panggilan
dari naemah dan kak long
bertanyakan soalan yang hampir sama,
"Umi pukul berapa nak sampai?"
Kali ini panggilan dari sakinah pulak.
Huhu.. saya masih di rumah..
"Lambat lagi, tunggu abang mi dan irah
balik tuisyen baru bertolak." terang saya.
"Umi nanti bawa spageti ye..." antara
permintaan sakinah sebelum menamatkan
perbualan telefon tadi.
dari naemah dan kak long
bertanyakan soalan yang hampir sama,
"Umi pukul berapa nak sampai?"
Kali ini panggilan dari sakinah pulak.
Huhu.. saya masih di rumah..
"Lambat lagi, tunggu abang mi dan irah
balik tuisyen baru bertolak." terang saya.
"Umi nanti bawa spageti ye..." antara
permintaan sakinah sebelum menamatkan
perbualan telefon tadi.
Anak2 bila berjauhan memang rindu dengan
masakan ibunya, padalah baru seminggu berpisah.
Teringat masa zaman2 saya tinggal di asrama dulu2.
Tiap kali bonda bawa makanan,
walau pun sekadar biskut jagung,
memang cukup gembira.
Kemudian makanan tu kongsi ramai2 dgn kawan2.
Maka dalam tempoh berbaki tak sampai
2 jam, saya ke dapur, merebus spageti
dan memasak kuahnya,
bagi tidak menghampakan selera anak2.
Menghampiri jam 12 tengahari baru boleh
bertolak ke kt berkonvoi bersama
pakcik man dan kak nor.
masakan ibunya, padalah baru seminggu berpisah.
Teringat masa zaman2 saya tinggal di asrama dulu2.
Tiap kali bonda bawa makanan,
walau pun sekadar biskut jagung,
memang cukup gembira.
Kemudian makanan tu kongsi ramai2 dgn kawan2.
Maka dalam tempoh berbaki tak sampai
2 jam, saya ke dapur, merebus spageti
dan memasak kuahnya,
bagi tidak menghampakan selera anak2.
Menghampiri jam 12 tengahari baru boleh
bertolak ke kt berkonvoi bersama
pakcik man dan kak nor.
Menghampiri jam 3 pula kami tiba di SMAKL.
Suami dan pakcik man menghadiri mesyuarat
perhubungan ibu bapa & penjaga SMAKL.
Saya membawa kak nor dan anak2
pulang ke rumah bonda di batu buruk.
Alhamdulillah, sampai di sana
kami menjamu selera dengan spageti bersama bonda
Suami dan pakcik man menghadiri mesyuarat
perhubungan ibu bapa & penjaga SMAKL.
Saya membawa kak nor dan anak2
pulang ke rumah bonda di batu buruk.
Alhamdulillah, sampai di sana
kami menjamu selera dengan spageti bersama bonda
Kemudian aktiviti anak2 kecil,
abbas, said dan nazirah,
apa lagi kalau tidak ke pantai.
Air ombak besar, maka tak berapa elok mandi,
maka anak2 bermain pasir sahaja.
Malam saya ke SMAKL lagi kerana
menghadiri solat hajat perdana.
Tahun ini kak long akan menghadapi SPM
manakala naemah PMR.
Bonda doa yang terbaik buat anakanda berdua.
"... kemudian apabila engkau
telah membulatkan tekad,
maka bertawakallah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah mencintai
orang yang bertawakal."
(Ali Imran:150)
Ingatlah ini hanya ujian2 kecil dari Allah.
Hidup kita masih banyak lagi ujian2 hidup
yang harus kita tempuhi...
abbas, said dan nazirah,
apa lagi kalau tidak ke pantai.
Air ombak besar, maka tak berapa elok mandi,
maka anak2 bermain pasir sahaja.
Malam saya ke SMAKL lagi kerana
menghadiri solat hajat perdana.
Tahun ini kak long akan menghadapi SPM
manakala naemah PMR.
Bonda doa yang terbaik buat anakanda berdua.
"... kemudian apabila engkau
telah membulatkan tekad,
maka bertawakallah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah mencintai
orang yang bertawakal."
(Ali Imran:150)
Ingatlah ini hanya ujian2 kecil dari Allah.
Hidup kita masih banyak lagi ujian2 hidup
yang harus kita tempuhi...
0 comments:
Post a Comment