Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Iqra'

Di sekolah pagi ini telah diadakan
pelancaran kempen membaca 1malaysia.
Sunyi sepi dewan untuk 10 minit bila
semua guru dan pelajar menatap buku.
Lucu pun ada sebab tahu2 jelah pelajar
sekarang mana mulut tak berhenti bercakap.
Tapi agaknya aktiviti sebegini
tak pernah dibuat sebelum ni,
maka pelajar pun turut akur dan terkedu...

Kemudian bila tiba sesi resensi buku,
dapat lihatlah keserlahan pelajar2 zaman sekarang,
tak berani nak naik ke pentas.
Alih2 yang naik adik farith
dari pelajar pendidikan khas.
Memang boleh tabik kat farith
dalam tergagap2 boleh beri muqadimah
Alhamdulillahirabbilalamin... dan seterusnya.

Dan yang lain2 cikgu harap
jangan baca dalam dewan je
Iqra', ayat pertama al-quran yang diturunkan
mengingatkan kita roh membaca
adalah sepanjang hayat.
Bila baca kita dapat ilmu.
Dengan ilmu kita dapat mengenal
mana yang ma'ruf mana yang mungkar.
Dengan ilmu itu juga akan mengajar kita
untuk menjadi hamba kepada Allah.

Sebelum balik, adik2 bakal ustazah datang bersalam.
Hari ini last day mereka berpraktikum di smkpb.
Doa cikgu mutiara yang dikutip
di smkpb akan menjadi
pengalaman yang bermakna.
Ingat tugas guru bukan sekadar mengajar
tapi mendidik.
Cabaran yang digalas dibahu
cukup mencabar terutama hari ni
akhlak pelajar memang cukup ampuh.
Selamat bertugas di sekolah baru.

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu