Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Jawapannya....

"Cikgu, kalau tak minta balik tie saya dengan cikgu shukri, jaga cikgu balik nanti."

Begitulah kata2 dari seorang pelajar kepada saya tengahari tadi. Bagai satu ugutan yang menusuk ke kalbu saya. Terasa hancur luluh hati ini. Anak2 semuda itu hilang pertimbangan bila tidak mampu melawan amarah. Sampai balik kata2 itu masih terngiang2. Teruk sangat kah saya. Selama ini saya sentuh dan belai mereka dengan penuh kasih sayang. Mungkin Allah ingin menguji saya. Saya tercari2 jawapannya...

Semalam saya ke kedai buku mencari buku untuk dihadiahkan kepada muhammad said ramadhan sempena ulangtahunnya yang ke empat. Terpandang novel terbaru hilal asyraf, terasing. Tanpa berfikir panjang saya mencapainya. Malam tu juga saya sempat membaca bab 1 & 2. Dan Allah Maha Kaya, petikan demi petikan, bagai menusuk kalbu memberikan jawapannya...

"Ya, benci kepada jahiliah, bukan benci kepada orang yang di serang jahiliah."

"Mereka semua ini adalah mad'u kita."

"Kita tidak boleh membenci mereka. Kita tidak boleh asingkan mereka. Kerana benci menutup kasih daripada hati. Kita perlu sayang, dan berasa kasihan dengan mereka. Mereka diuji sedemikian rupa, dan kita pula tidak Allah uji dengan kehidupan sebegitu. Kita diizinkan Allah untuk duduk dalam tarbiyah, belajar dalam sekolah agama, dapat keluarga yang faham Islam. Mereka mungkin tidak berkesempatan seperti kita. Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memberikan apa yang mereka tidak dapat itu."

"Kita penyeru, bukan penghukum. Kita ibarat doktor yang mengubati, bukan tukang pancung hukuman mati."

"Jangan asingkan mereka daripada kehidupan kita. Orang yang terasing, akan mudah rasa kecewa, dan sukar untuk diubati jiwanya."

Kata2 itu seolah2 memberi kekuatan baru kepada saya. Thanks anakanda hilal, kadang2 yang tua perlu juga diingatkan oleh yang muda.

2 comments:

Hilal Asyraf November 3, 2009 at 3:04 AM  

Assalamu'alaikum,

kepada cikgu, semoga Allah redha dengan cikgu.

Hilal di sini mengucapkan terima kasih atas nukilan cikgu ini.

Sebenarnya, anak muda macam saya, perlu banyak perkongsian daripada veteran dalam kehidupan macam cikgu.

~semoga Allah redha...

Hilal Asyraf
http://langitilahi.com

cikgu sharifah November 3, 2009 at 9:37 AM  

Wa'alaikum salam.

Insya'allah hidup dalam satu bangunan, dibina oleh batu bata yang saling kuat menguat antara satu sama lain...

selamat berjuang anak muda...

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu