Alhamdulillah Hari Raya Aidil Adha tahun cukup bermakna. Kami sekeluarga seperti tahun-tahun lalu menunaikan Solat Sunat Aidil Adha di SeRIA. Qurban tahun ini 4 ekor lembu. Mungkin tak sebanyak seperti tempat-tempat yang lain, Surau Sg. Isap Damai mengorban 10 ekor lembu, tapi syu'ur amal jama'ie yang dibina membina ukhwah lillah fillah.

Proses merebahkan lembu... Look at Said, he's excited to watch(baju ungu), maklumlah sudah makin membesar. Kebetulan hujan renyai-renyai. Apa lagi ambil peluang mandi hujan!

Sambil tu menyiapkan bahan-bahan untuk masak tengahari. Dan tahun ini mendapat bantuan sepenuhnya anak-anak remaja. Ini masa amali yang mereka kena buat selepas 2 hari kem yang lalu.

Kak Long pun turut sama...

Lembu yang siap disembelih mula di lapah.

Walid pun turut melapahnya.

Sebahagian dipek untuk diedar-edarkan.

Sebahagian disediakan untuk juadah tengahari.

Ibu-ibu pun bantu juga...

Hah... dah siap basuh makcik....

Dah siap masak, sup tulang gear box pun ada...

Lagi separuh buat masak kicap.

Sayur campur...

Ikan kering yang di datang khas dari Sabah...
Jazakallah buat Dr. Fatimah n Akh Wan Ali.

Menjamu selera selepas penat bekerja...
Aha.. baru nampak Naemah, mana pergi tadi ye...

Lastly, behind the great man there's the great woman... These're women behind the scene... Tak semua orang sanggup buat, tapi alhamdulillah anak-anak dapat melepasinya...
Dalam kesibukan hati ini teringat bonda dan ayahanda. Pengorbanan yang tak terbalas dengan wang ringgit. Hari ini pun turut berkorban kerana anak-anak yang ramai yang tak pulang. Namun hati ini sentiasa berdoa Ya Allah, rahmati dan berkatilah hidup mereka seperti mana mereka membesarkan kami sejak dari kecil lagi...
0 comments:
Post a Comment