Sebentar tadi saya mengikuti siaran langsung channel ART suasana di Arafah. Lautan manusia menyelubungi Arafah bagi menunaikan ibadah Hajj. Suasana tersebut mengimbau pengalaman sendiri ketika berada disana, 3 years back... Ya Allah, kiranya diizinkan, berilah peluang untuk hamba ini ke sana sekali lagi...
Alhamdulillah, perjalanan bermula seawal pagi 8 Zulhijjah 1426H. Saya bersama sekumpulan 10 jemaah yang lain berjalan kaki ke Mina dalam lautan manusia.
Tiba di Mina dalam 11:00 pagi, mendirikan khemah dan bermalam di sana. Awal pagi 9 Zulhijjah 1426H, meneruskan perjalanan ke Arafah dengan menaiki kenderaan Van dan bersolah subuh di Arafah. Di Arafah, mendirikan khemah yang di tempat yang sesuai. Sepanjang hari bermunajat...
Sejurus matahari terbenam, meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki untuk Mabit di Mudzalifah. Tiba di sana dan solat Jama' Ta'akhir Isya dan Maghrib. Suatu yang tak dapat dilupakan, pada awal pagi 10 Zulhijjah 1426H, sewaktu mengutip anak batu ketika akan meneruskan perjalanan ke Mina, kami didatangi jemaah haji dari Maghribi bila menyedari kami jemaah dari Asia. Mereka menberikan 500 riyal untuk di sedeqahkan kepada mangsa Tsunami. Betapa pemurahnya mereka...
Selesai tahalul awal selepas melontar di Jamratul Aqabah.
Ya Allah, betapa hati ini mengharap agar jiwa ini sentiasa bersih dan istiqamah kepada mu...
2 comments:
Salam Pah,
Wow...berwajah baru! Nampak sangat ceria.
Nostalgia! memang nostalgia. Kak Nab pun tgk channel tu...rasa mcm nak berada kat situ jugak!! Mudah2an akan tiba giliran kita nanti, Insya Allah.
Mudah-mudahan...
Post a Comment