KHIDMAH '08 : Day 5 Friday 19 Disember 2008
Saya bertolak agak lewat kerana
Halaqah makcik-makcik agak lewat habis.
Jam 6 baru saya bertolak bersama Ibu Rahmah ke Pekan.
Setelah menghantar beliau ke Pulau Keladi,
cepat-cepat saya bergegas ke Kg Cenderawasih Baru.
Sebenarnya, saya rindu untuk bertemu puteri-puteri HALUAN.
Selama 2 hari saya bersama mereka,
pahit getir kami lalui bersama
telah menjalinkan nikmat ukhwah yang ...
something you cannot put in words...
Lebih-lebih lagi bila mengenangkan situasi yang agak mencabar,
menjadi saya tak sabar untuk bertemu dengan mereka.
Setiba di SK Sinar Mutiara untuk solat Maghrib
saya dapati tiada seorang puteri pun disana.
Aduh... detik hati saya mereka tidak pulang...
Bermakna dari pagi lagi mereka mengkerah tenaga.
Yang Allah, berikan mereka kekuatan dan ketabahan.
Jadikan ini sebagai cabaran yang kecil sahaja
sebagai persediaan kiranya mereka akan menghadapi
jihad yang lebih besar kelak, hati saya berbisik.
Selepas solat saya terus ke Kg Baru Cenderawasih
Setiba saya disana, saya cukup terharu.
Dengan persediaan serba ada, rupa-rupanya
puteri-puteriku sedang menyiapkan pentas untuk
Majlis Persembahan dan Penyampaian Hadiah.
Begitu gigih mereka menyiapkan sekadar kemampuan yang ada.
Saya salam dan peluk setiap puteri yang saya jumpa.
Hati saya dapat merasakan cukup banyak mereka
telah belajar berkorban dan berbakti.
Lebih-lebih lagi saya dapat tahu,
lewat petang bekalan air terputus lagi.
Namun segalanya bukan penghalang bagi mereka...
Sambutan malam ini kira yang teramai.
Ibu bapa keluar beramai-ramai memberi
Akhirnya malam kemuncak bermula dengan
Majlis dipengerusikan sendiri oleh penghulu Sidek.
Acara bermula dengan Bacaan Quran oleh
Kemudian diikuti dengan persembahan dari
anak-anak cilik Kg Baru Cenderawasih.
Persembahan yang menyegarkan
hasil bimbingan dan tunjuk ajar
Selesai persembahan, majlis penutupan telah disempurnakan
Kemudian majlis penyampaian hadiah
Turut diraikan oleh pihak HALUAN ialah
Sebelum berakhir putera dan puteri fasilitator
bernasyid beramai-ramai dengan semua yang hadir
Anak-anak turut bernasyid.
Sedikit sebanyak suasana terharu terasa
kerana besok mereka akan berpisah
dan akan meninggalkan kenangan yang mampu
menimbulkan kekuatan untuk lebih gigih
melaksanakan tugas para dae.
Kami pulang ke SK Sinar Mutiara agak lewat.
Namum dari raut wajah putera dan puteri
saya dapat merasai, meraka telah
memperolehi satu tajribah yang mengujakan
yang tidak dapat di beli walau dengan mahar yang mahal...
0 comments:
Post a Comment