Sudah tiga minggu cuti berlalu, maka hari ini hari
terakhir anak-anak tahun lima menghadiri
kelas tambahan masa cuti di SeRIA.
Minggu pertama saya tak sempat bersama mereka
kerana saya masih bertugas di sekolah
disebabkan oleh peperiksaan SPM
untuk subjek Add Math masih belum selesai.
Maka pada minggu ke 2 tu, saya mula mengajar
mereka Science dan English.
Ini pelajar puteri pada hari Isnin 24 November lalu.
Ada 5 orang puteri, Mashitah, Auni,
Nurfatanah, Faatiihah dan Siti Nur Izzah.
Pelajar putera ada 4 orang je
Hidayat, Mior, Ashraf (yang malu-malu tu...) dan Rijaluddin
Beginilah kehadiran mereka ada kala penuh
ada kala 5 orang je...
Masa Selasa 2 Disember, kelas telah
diswastakan kepada Kakak Habibah dan Kakak Arkasyah.
Tengok Ashraf tu... tutup muka lagi...
On the last day...
3 puteri Mashitah, Siti Nur Izzah dan Nurul Ain.
3 putera Syazwan, Hidayat dan
Ashraf (tak sempat nak tutup muka...)
Hah.. ini bila kata nak masuk blog semua datang
posing dengan Kakah Habibah...
Umi Dah doakan semua dapat manafaatkan cuti
dengan perkara yang berfaedah.
Walaupun sesi kelas tambahan sudah tamat,
jangan lupa buat ulangkaji.
Ingat tadi Umi Dah sudah kira
1 hari = buat latihan 5 soalan Matematik
+ 5 soalan Sains + 5 soalan BM
+ 5 soalan English = 20 soalan semua.
1 minggu = 20 X 7 hari = 140 soalan.
sekolah nak buka 4 minggu lagi
jadi 140 x 4 minggu = 560 soalan!!!
Jadi kalau anak-anak dapat buat 5 soalan je
untuk setiap mata pelajaran itu setiap hari,
tengok nanti bila buka sekolah sudah terjawab 560 soalan..!!!
Kan kata semua nak dapat 5A UPSR...
Jadi kena bersedia dari sekarang.
Ok Umi Dah doakan semua
jadi anak-anak yang soleh...
Selamat bercuti!
0 comments:
Post a Comment