KHIDMAH '08 : Day 1 Monday 15 Disember 2008
Minggu ini saya saya terlibat sebagai urusetia
Program Khidmat Bakti Masyarakat HALUAN (KHIDMAH '08).
Program di adakan di Kg Baru Cenderawasih, Sg. Miang dan
Kg Pulai Keladi. Kedua-dua kampung ini
terletak di daerah Pekan, Pahang
dan merupakan kampung angkat HALUAN Pahang.
Aktiviti merupakan lanjutan daripada keterlibatan
HALUAN Pahang membantu penduduk kampung
ketika banjir besar yang melanda Pekan pada tahun 2007.
Antara ahli-ahli HALUAN Pahang kami bergilir-gilir bertugas.
Giliran saya pada hari Isnin dan Selasa.
Program julung kali di adakan ini melibatkan anak-anak
HALUAN yang sedang menunggu keputusan SPM dan
pelajar-pelajar lepasan IPT yang sedang bercuti.
Sepanjang saya mengikuti program ini saya sungguh merasakan
tajribah adalah satu tarbiyah yang sangat mahal maharnya.
Program bermula dengan taklimat kepada
fasilitator yang terlibat pada malam sebelumnya.
Semua fasilitator terdiri dari putera dan puteri
yang merupakan aset penting dalam
pembentukan modal insan untuk masa depan negara.
Oleh itu KHIDMAH '08 dirancang sebagai
pendedahan untuk melatih mereka
berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat.
Disamping didedahkan dengan pelbagai aktiviti
yang menjurus kepada kecemerlang akademik,
sahsisah terpuji dan kualiti kepimpinan
untuk dimanfaatkan kepada diri dan masyarakat.
melakarkan kenangan sebelum bertolak.
Kelihatan pada wajah mereka semangat untuk berbakti.
Perjalanan bermula pada jam 9.oo pagi
setelah selesai taklimat pagi dan sarapan.
Saya ditugaskan di Kg Cendewasih Baru.
Di sudut hati, sudah saya terasa cabaran dan dugaannya.
Saya pernah ke sana sewaktu membantu mangsa banjir 2007.
Saya simpan perasaan itu dari pengetahuan
puteri-puteri fasilitator. Doa saya mereka
akan tabah untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Setelah hampir 2 jam perjalanan, tibalah di lokasi.
Setelah hampir 2 jam perjalanan, tibalah di lokasi.
Masa perjalanan melebihi waktu sepatutnya kerana
Kem Komandan singgah di beberapa tempat untuk
urusan penginapan dan sebagainya.
Maklumlah, kami akan berada di kampung yang akan
conservative. Sebagai menghormati adat untuk bertandang
kebenaran dari Tok Pat (nama panggilan bagi orang Pahang
kepada ketua kampung) sentiasa di perbaharui...
Saya dapat melihat dan merasai,
terkedu sebentar wajah puteri-puteri fasilitator...
Persekitaran yang jauh berbeza dari apa yang pernah
mereka lalui dan bayangkan sebelum ini.
Saya mula memecahkan suasana.
Anak-anak, inilah tempat yang akan kita berkampung
dan mencurahkan bakti selama 6 hari 5 malam...
Mata pencarian penduduk disini ialah menanam nenas.
Kemudahan asas hanya sekadar yang ada.
Tiada bekalan letrik pada waktu siang...
hanya malam ada elektrik dari jam 7 - 12 malam
itu pun atas bantuan generator.
Secara kebetulan hari yang kami sampai hari ini, air terputus.
Maka berjimatlah kami dengan air 2 kolah yang ada di surau tu...
Waduh... inilah cabaran dan dugaan fizikal.
Namun ini bukan penghalang untuk mencurahkan bakti.
Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.
Dia tidak akan menguji sesuatu yang tidak mampu dilaksanakan...
En Abd. Bashir (Ketua Komandan) dan En Sobirin (wakil penduduk).
sebelum solat Zohor.
Ini penghujung Blok B dimana letaknya
Selesai makan tengahari di jamu dengan nenas
yang dipetik fresh dari ladang.
Jam 3 petang taklimat cari penghulu sebelum faslitator
bergerak ke setiap blok untuk mendapat
Mereka akan berpecah kepada 3 kumpulan.
3 kumpulan ke Blok A, 3 kumpulan ke Blok B
dan 2 kumpulan ke Blok Baru.
Duduk di muka pintu, dengan wajah sayu
Lewat petang, kami pulang ke SK Sinar Mutiara
untuk membersih diri.
Selepas maghrib, pergi semula ke kampung Baru Cenderawasih.
Sesuatu yang mengejutkan, makan dibawah sinaran
lampu kereta, sementara nak tunggu generator dipasang.
Acara perasmian dipengerusikan oleh En Bashir.
Suasana dalam cahaya lampu yang suram.
Ucapan telah disampaikan dari wakil penduduk,
Tok Pat dan En. Ishak (wakil HALUAN).
Antara peringatan dari En Ishak , menjelaskan
moto HALUAN Berakhlak, Mendidik dan Berbakti
juga dalam suasana yang agak malap,
selepas sehari suntuk di Kg Baru Cendewasih.
0 comments:
Post a Comment