Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Lecture from Prof. Kamil




Saya sudah baca dari blog Kak Nab tentang kedatangan Prof. Kamil, maka semasa saya sedang masak sarapan pagi saya sedang berfikir-fikir siapa saya nak ajak... Tiba-tiba sampai sms dari Kak Nab tentang ceramah Prof. Kamil ke Surau Ar Raudhah. Masya'Allah, bisik hati saya, dia tahu apa yang sedang terlintas di hati saya... Segera saya fowardkan kepada rakan saya Haniliza, Siti Arija, Pah Radziah n Che Zahara. Sejurus Hani call saya beritahu anaknya chicken pox. Dia memang berhajat untuk dengar. Lebih-lebih lagi Hani memang dok kelek buku prof. tu setiap kali saya jumpa dia. Hajat untuk ke sana tahun ini tak kesampaian. Sabar Ja, ini yang dikatakan panggilan Allah. Mungkin Allah tak izin untuk tahun ini... Hani sampaikan salam untuk Kak Nab. Kalau Kak Nab baca ni sampailah salam tu kerana semalam semasa saya ke surau, Allah izin saya langsung tak jumpa Kak Nab... Pada hal, kawasan untuk wanita bukan besar sangat. Tu lah semua dengan izin Allah, kadang-kadang tempat yang besar-besar tak di sangka-sangka boleh bertemu seseorang. Saya cukup merasa tarbiyah Allah untuk saya bila saya baca blog Kak Nab rupa-rupanya Kak Nab ada... tapi Allah tak izin untuk kita bertemu...

Kemudian Siti Arija respon untuk pergi. Yang lain-lain tu masih dalam bercuti. Alhamdulillah, ceramah Prof. cukup menginsafkan dan mengembalikan syu'ur. Bukan sekadar nostalgia, tapi berani berkongsi syu'ur Hajj dengan sahabat-sahabat yang lain. Berani mengajak mereka disekeliling kita untuk berhubung dengan Allah. Berani menyebarkan halawatul iman, nikmat beriman dengan Allah. Namun ini bukan satu yang mudah, tapi tidak mustahil. Munajatlah tika kita masih diberi peluang untuk menghabiskan baki hidup kita.

Akhirnya, saya sempat bertemu dengan isteri Prof. dan sebelum balik terserempak dengan Kak Minah, bekas guru yang pernah mengajar SMKPB, tapi dah pencen.
Alhamdulillah, saya pulang dengan syu'ur dakwah baru...

3 comments:

Anonymous December 12, 2008 at 1:00 PM  

Assalamualaikum....

Apa khabor.. Dok balik KT ke, Yuz Insyaallah, diizinkanNya nak balik cuti awal muharram sampai 1 Jan. Said dah ok ke?

Rupanya Kak Dah pun ikuti juga Blog Prof Kamil (lecturer Yuz masa buat master dulu), Yuz pun sama sentiasa ikuti penulisan dia di Blog.

Hajah Zainab bt Abdullah December 12, 2008 at 1:39 PM  

Salam Pah,
Maaf Pah...silap Kak Nab kerana tak gi jengok kat level bawah sikit tu!! Kak Nab keluar cepat2 sbb nak jumpa Prof. Lepas tu...baru kak Nab nampak Roza!! Tak sangka pulak isteri & anak ikut ke surau...sbb Kak Nab dok ingat Prof tinggalkan mereka kat Pmtg Badak rumah saudaranya.

cikgu sharifah December 13, 2008 at 11:12 AM  

Alhamdulillah,Said dah baik, tapi manjenya x habis lagi takut kalau kena air kat parut tu...
Kak Dah akan balik pada cuti krismas hingga muharam kot. Haa jumpa tengah jalanlah kita ye...

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu