Perjalanan hari yang padat
dalam menadah ilmu buat merintis nurani ini.
Pagi-pagi jam 9.30 pagi saya ke Surau Lama Permatang Badak
menghadiri ijtima' am orang-orang kampung dari Permatang Badak
Penceramah Cikgu Din mengupas topik
menyuruh yang ma'aruf mencegah yang mungkar.
Terasa macam baru dengar, sedangkan sebelum ini
sudah berapa kali isu ini dibahaskan.
Rupa-rupanya kita banyak lalai dan leka...
Petang 5.30 petang saya ke Surau Sg Isap Damai 3
menadah ilmu sambil mencari mad'u.
Masa cuti baru berkesempatan menghadirinya.
Kali ini selaku penceramah,
Mak Hitam membicarakan tentang istidraj.
Bila pulang cepat-cepat masak untuk makan malam anak-anak
kerana malam ini satu lagi majlis ilmu yang perlu dihadiri,
iaitu Usrah muntijah... pengalaman 2 minggu yang lalu
masih lagi terbekas di hati saya kena public speaking,
orang pertama pulak tu... wah hal cikgu lagi,
bukan tak biasa bercakap
tapi bila kena suasana diobserve oleh mas'ul sendiri
gabra juga dibuatnya.
Maka terdetik di hati ini
dalam kekalutan umat lemas tanpa pedoman
adakah jiwa ini sudah bangkit
bersedia untuk menjadi pendakwah
atau masih lagi berada di pinggiran...
0 comments:
Post a Comment