Setiap hari yang berlalu bukanlah petanda bahawa usia kita makin panjang. Hakikatnya hari-hari kita untuk bertemu dengan Allah swt makin dekat. Oleh itu rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa kaya sebelum masa miskin. Masa lapang sebelum masa sibuk. Masa muda sebelum masa tua. Masa sihat sebelum masa sakit. Kerana setiap detik yang berlalu tidak akan berulang lagi.
Maka jam 8.00 malam tadi saya sekeluarga menuju ke Kemaman. Sambil menghantar daging korban ke rumah kakar ipar saya menziarahi cucu saudara yang ke 8 Norhamidah Rashiqah (I'm a grandma...) Melihat bayi yang berusia 39 hari menyayukan hati saya. Betapa saya sudah jauh meninggalkan usia muda saya... Teringat wasiat Hasan al-Banna “Kewajipan lebih banyak dari masa. Bantulah orang lain agar mereka memanfaatkan masa mereka. Jika kamu ada urusan (peribadi) lakukanlah dengan ringkas.” Jelas masa adalah kehidupan...
Jam 11.00 malam saya sekeluarga pulang semula ke Kuantan. Dalam perjalanan pulang singgah di Pasar Kemaman membeli buah-buahan buat hilang mengantuk untuk pemandu... Jumpa buah di atas favorite fruit masa saya kecik-kecik dulu. Semua anak-anak saya tak kenal buah apa. Orang teghanu panggil buak kha'dih. Pelik bunyinya, anak-anak pun gelak. Tapi nama biasanya buah keranji. Ada pantun lama,
Sorong papan tarik papan
Buak keranji atas peti
Suruh makan saya makan
Suruh mengaji saya tak reti...
2 comments:
Oh..tu kah buah favourite Pah?
Susah nak jumpa sekarang nih.
Memang ye, tapi buah lening x sama macam dulu. Yg beli semlm x semanis macam dulu2. Hutan tak sejuk kot...
Post a Comment