Alhamdulillah, semua bermalam di SK Sinar Mutiara
walau pun jarak agak jauh dari Kg. Baru Cenderawasih.
Pagi tersebut, saya sempat memberi sedikit
tazkirah subuh kepada puteri-puteri fasilitator HALUAN
sebagai pembakar semangat selepas hari pertama
yang dilalui dengan penuh cubaan dan dugaan.
Pemuda, kata Yusuf Qardawi ibarat waktu tengahari
waktu dimana panas yang pada paling optimum.
Oleh itu manafaatlah waktu muda untuk
membuat kerja-kerja amal mendidik dan berbakti
Tepat 7.15 pagi, semua fasilitator berkumpul
di dataran perhimpunan mendengar
Puteri fasilitator agak tekun mendengar.
Mukmin yang kuat dikasihi Allah dari mukmin yang lemah...
Lebih kurang jang 8.00 pagi bertolak ke Kg Baru Cenderawasih.
Tiba di sana, sarapan masih belum sampai.
Tiba di sana, sarapan masih belum sampai.
Kesempatan diambil untuk melawat ladang nenas.
Seluas mata memandang, ada nenas yang sudah berbuah
dan ada yang baru di tanam (seperti gambar atas).
Kelihatan beberapa penduduk kampung
Sementara pihak urusan kampung bergotong royong
memasang dua canopy untuk menampung
kawasan yang lebih luas.
Anak-anak sudah lama tiba
dan tidak sabar untuk mengikuti aktiviti.
Fasilitator dibahagi dua dengan sebahagian
mengendalikan anak-anak di Blok A,
dan sebahagian lagi di blok B.
LDK pagi ini ialah 'ice breaking'
dan sambutan amat mengalakkan.
Abang Izat dan abang Ibrahim
Sementara putera dan puteri fasilitator menjalankan LDK
saya meninggalkan mereka sebentar untuk ke Blok A.
Saya menumpang kereta seorang sahabat.
Jarak agak jauh juga, kalau berjalan ada dalam 15 minit.
Kami terpaksa melintasi jambatan usang ini.
Amat terasa betapa selama ini Allah
Suasana rumah seperti di Blok B juga.
Ada yang menjalankan aktiviti menjual barangan runcit
dan barangan basah dengan kenderaan van.
Sambil berjalan saya sempat bertaa'ruf dengan mereka.
Walau pun dalam kesusahan, mereka semua
berwajah ceria dan peramah. Bila bercerita
mereka tidak lokek untuk berkongsi keperitan hidup.
Saya sampai ke surau Blok A, dimana aktiviti
anak-anak sedang diadakan. Keadaan surau disini
Bila didekati, rupa-rupanya ruang tempat anak-anak
Cukup classic, saya petik ulasan dari cikgu Sidek...
Inilah kesungguhan warga penduduk disini
bagi memastikan anak-anak mereka
pandai membaca al-quran.
Di dalam surau aktiviti LDK cukup meriah.
Ini Kak Ram dan adik-adiknya...
Kami buat origami...
Saya tinggalkan Blok A dan dalam perjalanan
pulang saya bertemu dengan makcik
yang baru balik dari ladang nenas.
dengan sepasang suami isteri yang baru pulang dari ladang.
Mereka agak malu-malu bila nak tangkap gambar...
Kak Aqilah dan Kak Ngah tak jemu-jemu
Abang Lutfi, kami nak jawab...
Itulah keriuhan dan kecerian wajah anak-anak
dari Kg Baru Cenderawasih. Sungguh gembira
apabila di layan sedemikan rupa.
Sebelah petang, telah diadakan ceramah untuk kaum ibu.
Ceramah di sampaikan oleh En Ishak bertajuk
Peranan Ibu dalam Mendidik Anak-anak.
Alhamdulillah sambutan mengalakkan,
walau pun pada mulanya bilangan agak sikit
tapi setelah 10 minit ceramah bermula, penuh surau.
Peringatan demi peringatan dikongsikan oleh En Ishak
Sambil itu, anak-anak diteruskan dengan Indoor Games.
dan musical chair. Semua bermain dengan bersungguh-sungguh
sebab tahu ada hadiah menanti pemenang.
Sambutan anak-anak sungguh mengalakkan, penuh balairaya.
Malamnya, puteri fasilitator membuat persediaan untuk esok.
Walau pun pada raut wajah mereka saya
dapat merasakan kepenatan, tapi terselit
kekuatan untuk melaksanakan dakwah sambil
memberi khidmat bakti buat mereka yang memerlukan.
Mungkin kita terfikir buat apa kita bersusah
kerana tiada ganjaran material akan akan di berikan.
Tapi pengalaman bersama melihat penghidupan
yang cukup menginsafkan yang kita selama ini
hidup dengan frasarana yang cukup selesa.
Tajribah yang bermakna secara amali
dalam melaksanakan tugas mendidik dan berbakti.
KHIDMAH '08 : DAY 3 17 Disember 2008
Hari ke tiga bermula dengan penuh semangat.
Masing-masing bersedia untuk berkhidmat.
Bermain silang tangan...
Pagi ini saya terpaksa pulang, memang agak berat hati
untuk meninggalkan puteri dan putera fasilitator
tapi kerana ada urusan di sekolah saya terpaksa jua.
Semasa tazkirah subuh saya mengingatkan sekali lagi
kerja-kerja bakti ini perlu dibuat dengan ikhlas,
Dan saya dapat merasakan selepas 2 hari berlalu
mereka semua sudah mempunyai syu'ur yang cukup
dari segi aqli dan emosi untuk menghadapi sebarang situasi.
Maka saya menghantar mereka ke Kg Baru Cenderawasih.
Tugas ini akan disambung oleh sahabat yang lain.
Saya akan kembali bertugas malam Jumaat nanti.
Semasa dalam perjalanan pulang saya singgah
di Pulai Keladi, sambil meninjau aktiviti di sana.
Penduduk di sini adalah pendatang dari Kemboja.
Rumah mereka memang tinggi-tinggi
kerana bila musim hujan dan air pasang,
rumah mereka memang duduk dalam air...
Aktiviti harian mereka menternak ikan dalam sangkar
di tepi Sungai Pahang.
Semasa saya tiba mereka mendengar
Sebenarnya saya mengambil Kak Long yang keberatan
hati untuk pulang. Beliau terpaksa ke Pulau Pinang
untuk mengikuti Kem Pewaris.
Pulang ke Kuantan saya singgah di sekolah SMKPB.
Semua orang sudah ada menanti saya untuk
menyusun jadual waktu bagi sesi 2009.
Lewat petang Kak Long bertolak ke Penang
menaiki van Pak cik Nasri bersama
Jamilah dan Akasyah. Umi doakan selamat
dalam perjalanan sampai ke destinasi
dan menggarap segala bentuk tarbiyah akan
diperolehi nanti.
0 comments:
Post a Comment