Pagi-pagi saya sekeluarga (kecuali Naemah dan Said)
ke Taman Bandar untuk beriadhah.
Biasalah tu Walidnya dan Kak Long boleh dua pusingan.
Yang lain-lain tu satu pusingan sudah termengah-mengah...
Some good spot and scenery, masa dok jogging tu.
Balik singgah sarapan di kedai.
Hah... jogging satu round,
nasi lemak dua pinggan, mana aci...
Pulang ke rumah saya menyediakan makan tengahari
untuk adik ipar yang nak sampai.
Tepat 2.30 petang bergegas pula ke SeRIA
kerana bersama anak-anak remaja untuk halaqat.
Kemudian kami gotong royong membungkus hadiah
untuk Program KHIDMAH '08.
Sebenarnya HALUAN menganjurkan
Program Khidmat Masyarakat 2008
bermula 15-20 Disember nanti di Pekan.
Tempatnya di kampung angkat Kg. Sg. Miang (Kg. Baru Chenderawasih)
dan Kg Pulau Keladi.
Ini melibatkan anak-anak HALUAN lepasan SPM dan pelajar IPT.
Banyak aktiviti yang akan dilaksanakan seperti LDK,
Sukaneka, Forum dan sebagainya.
Malamnya taklimat terakhir sebelum bertolak esok.
Saya bertugas untuk hari Isnin dan Selasa.
Maka hari Rabu baru boleh selesai urusan jadual waktu sekolah...
0 comments:
Post a Comment