Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

KHIDMAH '08 (Day 4)

KHIDMAH '08 : DAY 4 Wednesday 18 Disember 2008
Untuk hari ke empat, walau pun siangnya saya tidak
bersama-sama mengikuti KHIDMAH '08,
tapi malamnya saya berkesempatan
menghadiri Forum Perdana yang diadakan.
Saya bertolak dari Kuantan selepas solat Maghrib
bersama suami dan anak-anak.
Kami singgah solat Isya' di Masjid Tanjung Agas.
Setiba di sana penduduk sudah mula memenuhi balairaya.

Forum Perdana yang bertajuk Pembentukan Generasi Pewaris
Antara Cabaran dan Halangan serta Jalan Penyelesaian
telah dipengerusikan oleh En Abd Bashir.
Ahli-ahli panelnya terdiri dari Tn Hj Sabaruddin b Alias,
En Ishak b Yusuf dan Ustaz Hj Abdul Ghani b Abd Rahman.

Alhamdulillah, penduduk memberi kerjasama
dengan kehadiran yang ramai hingga penuh balairaya.
Setiap detik hati saya berdoa moga Allah swt
sentiasa memberi mereka hidayah.

Malam ini juga dibawah canopy di belakang balairaya
putera puteri fasilitator mengerah tenaga menyumbang bakti
menyediakan aktiviti buat anak-anak yang hadir
agar tidak menganggu majlis forum tersebut.
Terserlah kemesraan terpancar antara mereka.

Kak Ani dan Kak Midah melakar kenangan
di Kg Baru Cenderawasih.

Walaupun majlis berakhir agak lewat,
penduduk sanggup menunggu hingga majlis tamat.
Sebelum bersurai mereka bersalaman dengan ahli panel
sebagai tanda ukhwah yang mula dirasai terjalin...
Kami pulang ke Kuantan menghampiri 12 tengah malam.
Walau pun agak jauh malam,
kepenatan tidak terasa
itulah anugerah Allah swt.

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu