Kepulangan saya pada 20 Ramadhan bersama keluarga
memang disambut dengan gembira
dari raut wajah Bonda dan Ayahanda.
Kami tiba sejurus sebelum berbuka.
Kakak saya dari Serdang Umi Ah sudah tiba lebih awal.
Ini anak saudara saya Sarah Amirah.
Kami sama-sama berterawih di Masjid Tengah Tengku Zaharah,
atau lebih di kenali sebagai Masjid Terapung.
Tell the truth... This is my first time solat at this Masjid...
Jemaah memang ramai, saf saya di luar dataran masjid.
Jemaah memang ramai, saf saya di luar dataran masjid.
Namun kedatanngan saya sungguh bertepatan.
Bacaan Imam yang 'diimpot' tu sungguh menyentuh hati,
terngiang-ngiang suaranya seperti Sheikh Syuraim,
lalu kenangan di Masjidil Haram menusuk kalbu...
Bila diceritakan kepada suami saya dia juga merasai seperti saya.
Cuma katanya, ada satu ayat yang dibaca ada sedikit kelainan,
wallahu'alam.
Maka malam berikutnya saya mengajak anak saudara saya Amir
membawa saya ke Masjid Terapung untuk Solat Terawih.
Ini kerana my hubby telah pulang ke Kuantan
Ini kerana my hubby telah pulang ke Kuantan
kerana masih kerja untuk hari Isnin dan Selasa.
Dan malam ke 3 pun saya bersolat terawih
di Masjid Terapung.
Malam ni, pulang kami singgah ke Sabasun Hypermarket.
Pasaraya tersohor di Kuala Terengganu selain Mydin.
Beli sedikit daging cincang untuk buat berbuka esok,
Lalu Bulatan Ladang, replika penyu sudah lama
ditukar kepada replika batu bersurat.
Ini suasana berbuka pada Ramadhan terakhir,
semua kami 7 beradik sudah berada di rumah Bonda dan Ayahanda.
Anak-anak kecil di bawah...
Yang lain-lain tu pandai-pandailah
mana nak cukup kerusi... bertebaran...
Just imagine, there are 7 of us + spouse masing-masing = 14.
Each of us has 1 + 3 + 2(+1 at india..) + 5 + 5 + 6 + 3 = 25 childrens
Plus Bonda n Ayahanda, all together 41!!!
squeeze in 12' x 20' dining area...
Of course yang lelaki open air beranda...
Anyway once a year, bukan senang
nak berkumpul semua adik beradik.
For sure yang paling gembira Bonda dan Ayahanda.
Ha... these all my nieces and nephews,
malam raya yang riuh tenor (kata org teghanu...)
dilayan oleh the older one Kakak Aisyah...
0 comments:
Post a Comment