Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Jumaat terakhir Ramadhan

Minggu ini di sekolah saya agak sibuk.
Masa free period saya terpaksa berada di Makmal ICT
untuk membantu trainer dari MIMOS
menguruskan Latihan Peralatan PPSMI.
Sesuatu yang mengejutkan,
pagi semalam, En Tamrin Zaharuddin dari
Bahagian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
datang untuk membuat observation tentang
perjalanan latihan tersebut.

Lebih mengejutkan lagi beliau memberitahu yang
dia akan bersama-sama sepanjang latihan hingga hari Jumaat...

Al maklumlah, bila sebut aje Nazir, macam-macam bermain di fikiran.
Namun semua sangkaan, saya cuba positifkan,
persaudaraan minima, mesti bersih hati.

Maka, ketika majlis penutupan,
En Tamrin mengejutkan kami semua peserta,
bila diminta membuat ucapan penutupan,
beliau mengantikannya dengan nyanyian sendaloka.
Katanya, 'Kalau saya bercakap tentu semua orang boring,
maka saya nak menyanyi untuk semua cikgu-cikgu yang hadir'.

Maka mendengarlah semua guru-guru
tentang sendalokanya yang banyak tersirat dari yang tersurat.
'Kalau sesiapa makan lada dialah terasa pedasnya...'
ujur En Tamrin lagi. Amboi boleh tahan juga orang tue ni...

Majlis kemudian berakhir dengan penyampaian sijil
dari beliau dan semua guru-guru menarik nafas lega...

Dalam pada itu saya mencelah-celah juga
ke bilik guru untuk bersalaman dengan rakan-rakan guru
kerana sempena Aidil Fitri nanti.
Kedatangan saya memang agak lewat,
masing-masing semua sudah siap bersalaman,
'Kami tunggu Pah je yang belum bersalam lagi...'

Maka sempat saya rakamkan photo
sebahagian dari rakan-rakan guru saya...

Saya pulang agak lewat kerana mengemas makmal ICT.
Pulang aje rumah, cepat-cepat bawa Abbas ke kedai
baju melayu untuk ke dua anak lelaki tak sempat tempah
so, beli lah jawabnya.

Kemudian saya singgah ke rumah Rahim,
pelajar saya yang sudah 2 minggu tak datang sekolah.
Keadaannya terlantar di kerusi panjang.
Ibunya kata penyakitnya masih belum dapat dikesan.
Saya menghulurkan sedikit sumbangan Aidil Fitri buatnya.
Cikgu doakan buat Rahim agar banyak bersabar dan cepat sembuh.

Selepas asar pula saya bergegas ke rumah Mak De
Rumahnya di hujung Kampung Chendering.
Saya membawa sedikit sumbangan Aidil Fitri
buat Mak De dan Pak De.
Mereka berdua sahaja Raya kali ini,
katanya, anak-anak jauh tak balik...

Malamnya saya Solat terawih di Surau Sg. Isap Damai.
Biasanya saya ke Surau SeRIA.
Saya bertemu dengan rakan lama
Pn. Hjh Rakiah, mantan GPK1 sekolah saya bertugas.

Sehari Ramadhan berlalu dengan penuh makna.
Moga Allah swt menerima amal kita semua...

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu