3 Peristiwa Besar Ramadhan yang berlaku dalam bulan Ramadhan. Oleh itu umat Islam perlu mengambil iktibar dari peristiwa-peristiwa tersebut.
1. Nuzul Al Quran / Penurunan Al Quran
Peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadhan pada tahun pertama kerasulan Muhammad saw. Beliau ketika itu berusia 40 tahun. Al Quran merupakan satu yang amat bermakna buat seluruh umat Muhammad saw kerana ia adalah bahan, sukatan atau garis panduan buat kita semua. Tanpa panduan Al Quran umat manusia akan berada dalam kesesatan.
Contoh yang paling mudah, sekiranya kita membeli peralatan elektrik atau sebagainya, dibekalkan bersama risalah manual. Di dalam manual ini lah di senaraikan semua garis panduan dari cara penggunaan sehinggalah ke penjagaannya. Ini agar pengguna tidak salah menggunakannya dan menyebabkan kerosakan atau dapat memanfaat peralatan tersebut semaksima yang mungkin.
Sebegitulah kita umat manusia, Allah swt tidak menjadikan kita dan membiarkan kita semua terumbang ambing tanpa panduan dan pedoman. Dengan Rahmat dan Kasih sayang Allah swt jualah, kita diberi Al Quran sebagai Nur(cahaya) dan Huda(petunjuk). Oleh itu sekiranya kita tidak mahu diri kita rosak dan sesat, maka seharusnya Al Quran inilah yang menjadi panduan hidup buat kita.
Di Barat, selepas peristiwa 911, ramai orang-orang Barat revert kepada Islam setelah mereka hanya membaca terjemahan atau maksud ayat-ayat Al Quran. Mereka bertemu dengan jawapan-jawapan kepada permasalahan kehidupan mereka. Maka kita di Timur seharusnyalah lebih-lebih lagi kerana sejak kelahiran kita, Al Quran sudah berada bersama-sama dengan kita...
Firman Allah swt yang bermaksud,
"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah." ( Surah Al Baqarah : 185)
Ayat yang mula-mula turun,
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang mencipta. Mencipta manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah. Yang mengajar dengan perantaraan Qalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya."
(Surah Al’Alaq : 1 - 5)
Ayat yang terakhir turun,
"Takutlah kamu akan hari (kemudian) kamu semua akan dikembalikan padanya; Kemudian disempurnakan-Nya balasan amal bagi setiap diri sedangkan mereka tidak dizalimi."
(Surah Al Baqarah : 281).
Akibat menolak ayat dan hukum Allah,
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?"Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan."
(Suran Taha : 124-126)
Justeru itu
Betapa indahnya...
Air dari langit
menyuburkan tanaman dan buah-buahan
Al Quran dari langit
menyuburkan kehidupan dan akhlak manusia...
(bersambung... Wallahu'alam)
0 comments:
Post a Comment