Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Day 30 : Tazkirah Ramadhan

HARI RAYA DARI PETUNJUK NUBUWWAH
Menyentuh sedikit berhubung dengan latar belakang Hari Raya ini, ketika Nabi SAW tiba di Madinah, Baginda SAW mendapati bahawa kaum Ansar mempunyai dua hari istimewa yang disambut dengan suka ria. Lalu Nabi SAW mengulas hal ini dengan sabdanya: "Allah telah menggantikan bagi kamu semua dua hari yang jauh lebih baik, iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha" (HR. Abu Daud dan An-Nasa'i dengan sanad hasan).
Umat Islam sekurang-kurangnya mempunyai tiga hari raya yang utama, satu bersifat mingguan manakala dua lagi berkunjung secara tahunan. Hari raya mingguan itu adalah hari Jumaat, yang merupakan penghulu hari dalam seminggu. Manakala dua lagi hari raya yang dijanjikan Allah dengan kelebihan-kelebihan yang banyak ialah Hari Raya Aidilfitri (1 Syawwal) dan Hari Raya Aidiladha (10 Dzul Hijjah).
Persoalannya ialah, apakah sebab di sebalik kegembiraan Hari Raya dan kemenangan yang disebut-sebut itu. Aidil Fitri seharusnya menjadi hari kemenangan ahli siyam kerana dengan tersempurnanya puasa Ramadhan, maka terampunlah segala dosanya dan dibebaskan dari api neraka Allah SWT. Maka atas kemurahan Allah SWT ini, disyariatkan kepada kita supaya membanyakkan sedekah, takbir dan tahmid serta bertasbih mengagung-agungkanNya pada hari itu.
Walau bagaimanapun, persepsi umat Islam terhadap Hari Raya Aidul Adha mesti diperbaiki. Kedudukannya adalah lebih tinggi dan utama berbanding Aidilfitri kerana ia adalah signifikasi penyempurnaan wakil-wakil umat Islam yang menjadi tetamu Allah menyempurnakan ibadah Haji yang membawa tajdid imam dan azam kepada sekalian umat Islam. Maka kerana itulah kita disyariatkan agar memanjangkan takbir sehingga selesai Hari Tasyri' sebagai simbol kebesaran hari ini. (Lihat Latha'if Al-Ma'arif oleh Ibnu Rajab)
SUNNAH NABI SAW DI HARI RAYA
Kegembiraan umat Islam menjelangnya Hari Raya Aidilfitri tidaklah bererti kita menyambutnya sebagaimana kaum-kaum yang lain bersuka ria pada hari-hari kebesaran mereka.
1. Sebelum pergi menunaikan solat sunnah Hari Raya Aidilfitri, Baginda SAW akan mengenakan pakaiannya yang terbaik, kemudian menjamah tamar dengan bilangan butiran ganjil iaitu tiga, lima atau tujuh biji. Hal ini berlainan dengan Hari Raya Aidiladha di mana Baginda SAW imsak (tidak makan) sebelum menunaikan solat sunnah Hari Raya Aidiladha.
2. Baginda SAW akan berpesan agar kaum muslimin menyegerakan pembahagian zakat fitrah kepada mereka yang berhak, manakala solat sunnah Aidiladha disegerakan supaya umat Islam dapat mempercepatkan urusan sembelihan korban. Mengenai hal tersebut, Allah Ta 'ala berfirman: "Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah! " (Al Kautsar: 2).
3. Ibnu Umar RA kerana mahu bersungguh menghayati sunnah Nabi SAW, beliau hanya akan keluar untuk pergi menunaikan solat sunnah selepas terbitnya matahari dan di sepanjang perjalanan beliau akan terus bertakbir dan bertahmid memuji Allah SWT.
4. Nabi SAW akan mengerjakan solat sunnah itu sebelum berkhutbah. Di dalam solat berkenaan, Baginda SAW akan bertakbir sebanyak 7 kali dan berhenti seketika. Hanya Riwayat Ibnu Mas'ud sahaja yang menjelaskan bahawa Nabi SAW membaca Hamdalah dan berselawat di antara takbir-takbir itu. Pada rakaat yang kedua, takbir adalah sebanyak lima kali. Diriwayatkan juga bahawa Ibnu Umar RA mengangkat kedua-dua tangannya semasa bertakbir.
5. Pada rakaat pertama Nabi SAW akan membaca Al-Fatihah dan Surah Al-Qaf dan di rakaat yang kedua pula Al-Fatihah bersama Surah Al-Qamar. Kadang-kadang Baginda SAW akan membaca Surah Al-A'la dan Surah Al-Ghasyiah.
6. Nabi SAW tidak mengerjakan sebarang solat sebelum atau selepas solat sunnah hari raya itu. Dari Ibnu Abbas RA, beliau berkata : "Sesungguhnya Nabi SAW menunaikan solat Aid dua rakaat tanpa disertai solat yang lain baik sebelumnya mahu pun sesudahnya. " (HR. Al Bukhari dan Muslim dan yang lain).
7. Keutamaan puasa enam hari di bulan syawal Abu Ayyub Al-Ansari RA meriwayatkan, Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun ." (HR. Muslim).
Imam Ahmad dan An-Nasa'ie, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi SAW bersabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh." ( Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam "Sahih" mereka.) Wallahu'alam.

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu