Al - Fawaik – Imam Ibn. Qayim Al-Jauzi
Di bulan Ramadhan ini marilah kita mengambil kesempatan untuk menyibukkan diri kita dengan amalan-amalan yang soleh samada yang khusus pada bulan Ramadhan, yang wajib atau pun yang sunnat. Seperti hadis Rasulullah saw, dari Riwayat Ibnu Khuzaimah, yang mafhumnya, satu amalan wajib ganjaran dari Allah swt ialah 70X ganda. Oleh itu tidakkan hati kita terpanggil untuk menyahut seruan Allah swt di bulan yang mulia dan penuh baraqah ini...

Allah bersifat “memilih” dan “berkehendak”, oleh itu di bulan ramadhan telah dipilih oleh Allah swt sebagai bulan yang istimewa dan Allah menghendaki hambanya berubudiah sepanjang bulan Ramadhan. Oleh itu rebutlah kita peluang yang Allah swt berikan kerana kita manusia sentiasa memerlukan petunjuk dan hidayah (huda) dari Allah swt.
Kenapa manusia perlu kepada hidayah - Huda ?
Sebagai mana kita tahu, dalam diri manusia ada seketul daging, yang mana ia boleh berkarat seperti karatnya besi... Hati manusia boleh sihat, sakit dan mati. Hati ibarat ikan dilaut. Dan hidayah itu bagaikan air masin. Ikan akan segar dengan adanya air masin, dan sakit tanpa air masin (mengelumpur), dan berterusan tanpa air ia boleh mati. Begitulah hati manusia, tanpa hidayah (petunjuk) ia boleh mati... Oleh itu di bulan mulia ini, kita cuba untuk mencari hidayah Allah swt agar hati kita sentiasa sihat dan segar.
1. Kita perlu kepada hidayah untuk mengenal Allah, sifat-sifat Allah. Apabila manusia tidak kenal Allah dan sifat Allah, maka manusia akan sesat dalam pemujaan. Berlaku penyembahan di mana makhluk boleh disamakan dengan Allah – angin (yang kuat), api (yang membakar), binatang yang berjasa (lembu). Dan Al-Quran menerangkan sifat Allah yang banyak sekali dan mana boleh di samakan oleh makhluknya.
2. Kita perlu hidayah Allah untuk melaksanakan amal dan ubudiah. Manusia pada asalnya tidak tahu bagaimana nak beramal... Diciptakan sembahan-sembahan dalam bentuk berhala. Oleh itu Al-quran menerangkan cara melaksanakan amal melalui solat,puasa zakat dan sebagainya.
3. Hidayah amat perlu untuk kita mengetahui apa yang Allah suka dan tak suka. Jika tidak, manusia akan membuat penentuan mengikut hawa nafsu, memberi nilaian yang tidak tepat, nilai baik ialah kepada orang yang kaya, berkuasa dan sebagainya. Padahal sifat-sifat yang disukai oleh Allah ialah sabar, taubat, menyucikan diri, bertaqwa dan sebagainya. Wallahu'alam.
bersambung...
1 comments:
slamat bpuase ckgu..
Post a Comment