Roh Ramadhan untuk semua. Maka kemulian bulan ini perlu di kongsi bersama dengan semua terutama yang kurang bernasib baik. Semalam saya sempat menghadiri Majlis Sumbangan Ramadhan yang telah di adakan oleh Sekolah Rendah Ibnu’Abbas. Majlis anjuran HALUAN Pahang, HALUAN SISWA dan SeRIA ini meraikan mereka-mereka yang memerlukan bantuan kepada penduduk yang tinggal di sekitar SeRIA. Saban tahun majlis ini di adakan, ini menginsafkan kita untuk berkongsi kegembiraan untuk mereka yang kurang berkemampuan di samping memberi ruang yang luas untuk kita berinfak sebahagian yang kita ada untuk mereka yang memerlukan.
Majlis dipengerusikan oleh YDP HALUAN Pahang,
Tn Hj Ramli b Ngah.
Kemudian, diikuti dengan ucapan aluan dari Mudir SeRIA,
Ustaz Hj Abd Ghani Abd Rahman.
Sumbangan di sampaikan sendiri oleh Setiausaha HALUAN Pusat,
Tn Hj Mohd Ghani b Salleh.
Julung kali tahun ini, sumbangan turut diberikan kepada pelajar universiti.
Julung kali tahun ini, sumbangan turut diberikan kepada pelajar universiti.
Antara penduduk sekitar yang menerima sumbangan.
Kemudian tetamu yang hadir diraikan dalam
Majlis Berbuka Puasa bersama-sama
dan diakhiri dengan Solat Isya dan Terawih
yang di kerjakan secara berjamaah.
'Aisyah menuturkan, "Adalah Rasulullah saw jika masuk bulan Ramadhan, beliau membebaskan seluruh tawanan dan memberi setiap orang yang meminta."
(HR. Iman Baihaqi)
0 comments:
Post a Comment