Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

1 Syawal 1429H

Pagi 1 Syawal 1429H mencatat sejarah buat saya sekeluarga.

Kami berlapan telah ke SMASKL
untuk bersolat sunat hari raya bersama-sama.
Selalunya jarang boleh cukup korum ...
Pulang dari solat, singgah di perkuburan arwah mentua
di persimpangan Jalan Ibrahim.

Biasalah selepas solat,
masing-masing cucunda-cucunda
bersalaman dengan nenda berdua
dan dapatlah duti raya...

Kemudian sesi bergambar ramai-ramai...
Tahun ini hari raya pertama lengkap
kami 7 beradik ada...
Anak-anak saudara pun ada kecuali
Farah (kat India...) jangan sedih ye...

Ziarah pertama di rumah bapa saudara saya
ayahanda Engku Arif.
The only brother to ayahanda.
Rumahnya bersebelahan rumah ayananda.
Beliau baru sihat dari kena minor angin ahmar.
Moga Allah swt memberikan kesihatan bertambah baik.



Kemudian kami ke rumah Mok Ngoh di Bukit Depu.

Destinasi seterusnya, ke rumah Nyang Ayah,
ayahanda Engku Ubaidillah, di Chabang Tiga.

This the only adik kepada arwah nenda saya
yang ada di Kuala Terengganu.

Kemudian ke rumah Tok Che',
Bonda Tengku Hailani
adik kepada bonda saya di Bukit Besar.


Tengahari kami solat zohor di rumah Pak Di.

Selepas asar, ziarah Pak De' Mang di Bukit Besar.

Kemudian ke rumah mak sepupu suami, Mak Su.

Kemudian ziarah mak saudara Mak Cik Hawa
adik kepada arwah ayah suami di Kampung Nibung.

Rumah terakhir kami untuk hari pertama raya
di rumah Mak Teh Lah juga adik kepada arwah ayah suami saya
yang juga tinggal di Kg Nibung.
Begitulah routine kami di Aidil Fitri
kerana kami tinggal agak berjauhan dari sanak saudara
biasanya Hari Rayalah baru berkesempatan untuk
menziarahi mereka.

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu