Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Sepagi bersama Cik Rodziah

Alhamdulillah, segala berjalan seperti yang di rancang. Saya telah dapat melepasi satu lagi tahap ujian menjadi pengerusi majlis! Semalam saya cuba menyusun skrip apa-apa yang nak dicakapkan, tapi bila majlis bermula, skrip entah ke mana, dah tak ikut lagi! Sampai lupa nak beri salam. Mungkin hadirin tak perasan, tapi saya rasa satu yang besar bagi saya, malu juga!. Tapi saya anggap inilah pengalaman yang cukup bermakna buat saya. Kalau di sekolah audien saya hanya pelajar. Saya sudah anggap macam anak-anak saya. Jadi bila bercakap rasa kurang kekoknya, tapi tadi lain situasinya. Ahli koperasi yang hadir bukar sekadar dari Kuantan, tapi Temerloh dan Raub pun ada.

Isi ceramah agak relevan. Sebagai ahli Koperasi Bimbingan Insan Berhad (KOBI) saya rasa sepatutnya maklumat ini diketahui 12 tahun dulu lagi, masa mula-mula menyertai koperasi ini. Walau apa pun apa yang terlintas dihati saya seperti tulisan Dr Abdul Karim Zaidan dalam kitab Usul Dakwah, Islam menuntut penganutnya mengikuti ajaran Islam secara sedar. Maka sebagai seorang Islam kita perlu jelas peranan dan tanggungjawab kita. Bukan sekadar ikut-ikutan. Begitu juga bila saya sebagai ahli KOBI perlu jelas hak dan tanggungjawab, so my next assignment, glance through Undang-undang Kecil Koperasi. Be alert!

The speaker, Cik Rodziah Mohamed,
lecturer from Maktab Kerjasama Malaysia.
Currently she is pursuing her PHD in Business Study at UUM.

Some of the participants.

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu