Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Di suatu petang

Ini buah apa? Selepas usrah di rumah Makcik Esah petang kelmarin saya dihadiahkan buah yang ditanam di laman rumahnya. Maklumlah rumah di kampung sejuk mata memandang penuh dengan buah-buahan dan bunga-bungaan termasuk orkid. Teringat saya kepada arwah tok dan tok’ki saya yang suka menanam orkid. Sayang bakat tu tak menurun pada saya… Pasal buah tadi, ini pertama kali tahu dan lihat buah tersebut. Mulanya saya teka buah STOR atau MESTA (panggil orang Terengganu). Rupa-rupanya tekaan saya salah. Pertama kali saya tahu, lihat dan kenal buah MENTIGA!! Agak melucukan kerana mengingatkan saya syarikat yang menguruskan perumahan di Sg Isap ini, Syarikat Mentiga Sdn Bhd. Selama ini saya ingatkan MENTIGA itu di ambil dari mentega atau margerine yang kita sapu pada roti tu... rupa-rupanya nama pokok buah! Apabila ditunjukkan pada suami, dia tidak mengenalinya. Tekanya buah pisang kaki. Apabila dimakan, rasanya sedap manis dan lemak.

Balik usrah saya dapat ziarah 2 orang teman, seorang kehilangan anaknya kerana keguguran dan seorang lagi baru melahirkan anaknya yang ke 5. Dua situasi yang berbeza yang menyentuh hati saya. Ia menginsafkan saya bahawa hidup tidak boleh lari dari ketentuan Allah swt. Dia Maha Berkuasa mengambil pulang atau mendatangkan siapa yang Dia kehendaki. Yang pasti suatu hari nanti kita juga semua akan bertemu dengan Allah swt. Oleh itu uruskan hidup kita dengan bijak, agar kita dapat membawa bersama amal-amal yang soleh apabila bertemu dengan Nya nanti.

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu