Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Hari terakhir di Temerloh

Hari ini berakhir lah kursus. It means balik nanti life will be as usual before, no more relax2. Bukan mengeluh, tapi itulah kehidupan. Kalau masa tidak menyibukkan kita, kita akan di sibuk dengan masa yang ada. Tiap kali kursus begini saya ada sedikit luang untuk membaca al-quran dengan tenang pada tiap awal pagi sekurang-kurang dua muka surat bersama terjemahan nya sekali. Kalau hari-hari biasa amalan ini saya lakukan setiap kali selepas maghrib bersama anak-anak.

Apa yang ingin saya kongsi ayat-ayat yang saya baca pagi tadi. Maksud dari Surah al-Anfal 65, “Hai Nabi, kobarkan lah semangat para mukmin itu untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, nescaya kamu dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antara kamu, mereka dapat mengalahkan seribu dari orang-orang yang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti."

Saya adalah seorang guru Matematik. Terdetik di hati saya ayat-ayat Allah juga mengajar Matematik kepada kita. Dua bulan yang lalu YB Shafik Fauzan ada berbicara kepada pelajar semasa perhimpunan pagi tentang nombor-nombor yang ada dalam al-Quran. Tapi bila saya baca al-quran pagi tadi, ia mengajar kaedah perkadaran dan inilah matematik. Cuba bandingkan :
20 orang sabar dapat mengalahkan 200 orang musuh
100 orang sabar dapat mengalahkan 1000 orang kafir
tidak ke 20 X 5 = 100 dan 200 X 5 = 1000
Fokus saya hanyalah nombor tidak lebih dari itu. Mungkin balik nanti saya akan cuba lihat, bagaimana Fizillal Quran mentafsir ayat ini.

Kursus pun sudah tamat. Semasa acara penutup ada surprise. Pihak hotel telah sponsor birthday cake untuk peserta yang lahir pada hari ini. Bertuah cikgu dari SMK Kerayong ini, yang lain pun dapat tumpang makan sama. Peserta dapat sijil, kami JU dapat sijil dan hamper. Terima kasih buat En. Nik dan En Shamsul dari JPNP. Ini first time dalam hayat menjadi JU dapat hadiah hamper, bolehlah buat buah tangan untuk anak-anak. Untuk semua peserta Kursus ICTL kali ini, saya ucapkan tahniah kerana dapat memghabiskan kursus dengan jaya. Balik nanti jangan lupa perpanjangkan ilmu itu pada guru-guru yang. Berilah apa yang kita ada walaupun sedikit. Itulah amalan yang berpanjangan yang akan diberkati oleh Allah, insya’Allah.

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu