Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Kembali ke sekolah

Kembali ke sekolah setelah 3 hari berbengkel di Kuala Terengganu. Tapi bagi saya bila tiba hujung minggu, amat terasa kekalutannya. Minggu ini saya benar-benar menyambut bulan koperasi seperti kata Tn Hj Zahidi ketika ucapan Perasmian Hari Koperasi peringkat Sekolah pagi tadi. Jika siang ni Hari Koperasi sekolah, esok dan lusa pula saya akan bersama dengan Koperasi Bimbingan Insan Berhad(KOBI). Pagi Sabtu akan diadakan short course dari pihak Angkasa, petang mesyuarat Agong KOBI, manakala malamnya ada forum perdana. Hari Ahad pula akan diadakan Hari Keluarga KOBI di pantai Kempadang. Another hectic weekend... tapi inilah tugas dan tanggungjawab.

Tadi saya rasa agak bersalah kerana terlewat tiba 15 minit untuk berusrah kerana menyiapkan Buletin KOBI yang akan di edarkan esok. Pulang dari usrah terus saya bergegas ke Tunas Manja membeli minuman Vitagen as goodies for anak-anak KOBI esok. Nasib saya sudah meminta tolong daripada Cikgu Suriati untuk membelikan biskut Tiger. (maaf kali ni tak dapat boikot produk Belanda) terlebih awal. Walaupun kos agak mahal sikit, tapi saya akur. Kali ini cuba nak elakkan anak-anak mendapat makanan berbentuk junk food.

Malam ini Sakinah dan Nazirah sibuk menolong saya pekkan Vitagen, biskut, belon dan sehelai sapu tangan ke dalam beg plastik. Alhamdulillah Muhammad Said tidur awal, maka kuranglah satu gangguan.

Tapi ada satu lagi yang belum selesai, I’ve to prepare for a script because tomorrow morning I’m going to chair the course since the speaker will be a woman. So malam ini lewat jugak lah nampaknya saya tidur… Apa yang penting semua ini dilakukan dalam rangka beribadah kepada Allah swt. Moga Allah menerimanya sebagai jariah dari hamba yang lemah ini...

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu