Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Jamuan Persaraan mantan Pengetua SMKPB


Semalam bertolak lah kami berempat, Haniliza, Pah Radziah, Siti Arija dan saya, dari Sg. Isap Damai menghadiri jamuan makan malam sempena persaraan En. Amiruddin b Abdullah, bekas pengetua SMK Paya Besar. Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Timbalan Pengarah di JPNP. Jamuan diusahakan oleh Pn Rohany bt Saat selaku mantan Penyelia Petang SMKPB sewaktu En Amir(nama singkatan yang kami cikgu-cikgu panggil) menjadi Pengetua di SMKPB. Ramai bekas-bekas guru lain yang hadir termasuk En Mohd Sabri, Miss Ong, Pn Hjh Rakiah, Pn Hjh Noraini, Pn Hjh Nor Asmah dan Pn Nor Hamizah. Bekas pengusaha kantin En Manaf dan isteri pun hadir sama.

Secara peribadi, saya banyak belajar dari En Amir masa di SMKPB. Yang saya masih ingat, En Amir seorang yang teliti. Suatu hari saya bawa surat untuk En Amir tandatangan, tapi beliau menolakkan. Sebabnya, ayat saya tulis tu tunggang langgang. Al maklumlah saya ini bukan guru bahasa. Kalau menulis itu beberapa kali tukar ayat. Alih-alih kena tegur juga salah!! Tapi itu satu pengajaran buat saya.

Satu lagi nak ucap terimakasih juga buat En Amir, (semalam masa berucap lupa lak nak sebut) semasa beliau menjadi pegawai PPD di Kuantan, menghadaplah saya jumpa En Amir untuk minta recommendation letter konon-konon nak minta biasiswa untuk ke Ireland. Sekali lagi saya di tegur sebab salah tulis Educational Officer. Menunggu saya sekali lagi di pejabat untuk kerani PPD taip surat baru. Saya tabik lah ketelitian En Amir. Tapi sayang saya tak dapat pun biasiswa tu. Mungkin tak ada rezeki kot. Lagi pun dia cuma offer 2 biasiswa je, macam mana nak dapat kalau satu Malaysia mintak!

Walau bagaimanapun selamat bersara buat En Amiruddin selaku bekas Pengetua SMK Paya Besar. Terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan. Kalau kita seorang guru, walau pun pencen orang akan tetap panggil cikgu. Satu yang amat bermakna kerana tugas guru bukan sekadar mengajar tapi mendidik. Kita guru adalah pembentuk generasi akan datang…
Menunggu di Lobi Shazan Hotel

Ketibaan En Amiruddin di sambut
En Mohd Sabri Bidun & Muhammad Sabri Salim

The ladies, yang dalam pantang pun ada...

X SMKPBians...

Tetamu yang diraikan

Rakan-rakan yang hadir.


Ucapan dari Pn Hjh Rakiah bt Daud

Ucapan dari En Amiruddin Abdullah

Cenderahati buat isteri En Amiruddin

Kenangan buat En Amiruddin

Terimakasih kepada yang dapat meraikan En Amirruddin.

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu