Malam bergegas ke SeRIA sekali lagi kerana nak mengikuti Forum KOBI yang di pengerusikan oleh Saudara Abdullah. Ahli panelnya, pengerusi KOBI sendiri, Tn Haji Sabaruddin dan Mudir SeRIA, Tn Hj Abdul Ghani Abdul Rahman. Apa yang dapat saya catat
1. Harta adalah perhiasan yang melekat dihati kita. Jadi kita seharusnya menggunakannya untuk mendapat keredhaan Allah.
2. Harta juga sebenarnya kepunyaan Allah yang mutlak, yang mana Allah beri pinjam sahaja kepada kita.
3. Sahabat-sahabat Rasulullah SAW adalah orang yang kaya (spt Saidina Abu Bakar, Abdul Rahman bin Auf) di tangan tapi meletakkannya dijiwa, jadi mereka semua dalam penampilan yang sederhana.
4. Nilai dunia hanyalah sekadar tidak lebih dari sayap nyamuk.
5. Aset yang paling besar ialah jiwa dan roh yang tenang, yang Allah swt beri kepada hamba-hambanya yang dikasihi.
Wallahu'alam.
Forum KOBI
Posted by
cikgu sharifah
Monday, June 30, 2008
0 comments:
Post a Comment