Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Hujung minggu yang padat.


Jumaat
Lepas sekolah Jumaat saya bekejar ke Kg Permatang Badak untuk berusrah bersama-sama makcik-makcik di sana. Tetapi situasi amat mengejutkan. Bila melangkah sahaja masuk ke rumah Makcik Mah, saya tergamam melihat ruang tamunya penuh. Tetamunya dari jiran-jirannya juga di jemput sama. Jika biasa sepatutnya ada hanya 5 – 7 orang perjumpaan tadi bertambah menjadi dua kali ganda. Saya merasakan amat terharu melihat kesungguhan mereka untuk mendengar dari saya yang tak seberapa ini. Rasa inferiority menyelubungi benak fikiran saya. Sebenarnya di luar sana ramai mereka yang mempunyai hati dan kesungguhan untuk kembali kepada Allah. Cuma saya tidak mencari ruang dan peluang untuk mendekati hati-hati yang ikhlas itu.

Namun saya bersyukur. Kali ini dapat saya perpanjangkan silratulrahim dengan macik-makcik yang datang. Saya beritahu mereka yang saya bukan ustazah yang berjurusan khusus dalam bidang agama. Saya cuma insan biasa yang sama-sama ingin menghabiskan usia hidup ini untuk menjadi hamba Allah yang beriman. Saya bicarakan dengan mereka definasi Islam yang ke dua tulisan Dr Abdul Karim Zaidan dari kitab Dasar-dasar Ilmu Dakwah. Islam ertinya tunduk, menyerah dan mentaati Allah dan ketundukan itu hendaklah lahir dari kesedaran, bukan kerana terpaksa. Sebagai bukti kepatuhan itu maka kita hendaklah mematuhi segala peraturan-peraturan Allah swt yang diwahyukan kepada Rasulullah Saw. Alhamdulilah, saya mendapat respon yang baik. Doa saya semoga mereka dapat memahami penyampaian saya.

Sabtu pagi
Di sekolah separuh hari kerana mengikuti kursus dalaman ”Pengendalian Stress”. Ceramah disampaikan oleh Dr Nur Aiza dari HTAA. Bila kursus berakhir, saya amat bersyukur dengan diri saya. Saya membuat kesimpulan hidup kita akan tenang dan bahagia jika kita jelas tiga persoalan pokok dalam hidup ini.

Who am I?
Allah jawab dalam Surah Al-Mukminun 12 – 14, Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu sari pati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan ) dalam tempat yang kokok (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah lalu segumpal darah itu kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging, kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (bentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta yang paling baik.

Why am I here?
Allah jawab dalam Surah Ad Dzhariyat 56, Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.

Where am I going after this?
Allah jawab dalam Surah Az-Zumar ayat 7, Kemudian kepada Tuhan mu lah kembali mu lalu Dia memberitakan kepada mu apa yang telah kamu kerjakan.

Bagi saya bila kita jelas, kita datang sebagai makhluk ciptaan Allah swt untuk beribadah kepadanya dan suatu hari nanti kita akan kembali kepada pencipta kita di hari penghidupan yang sebenarnya. Di sana nanti kita akan persaksikan apa yang telah kita lakukan di dunia ini. Maka bertolak dari situ tidak ada lagi kerisauan kerana setiap apa yang kita lalui dan alami adalah ujian dan cobaan dari Allah swt.




Sabtu Petang
Bertolak ke KL jam 3.00 petang selepas kenduri Aqiqah di rumah Wan Norakman, kerana menghadiri 30th Anniversary of MRSM KT. Ada perjumpaan XKTians di Cititel Hotel di MidValley. Jadi kami bergegas ke sana kerana suami saya kena baca doa untuk majlis tersebut. He's one of the XKTs, one year senior than me, which surprised many friends from my batch… Bila Siput(gelaran saya masa di maktab!) kenal Ramli tu, masa kat maktab lagi ke..? Oh well, jodoh di tangan Allah, we never knew each other. I was so low profile during that time, and he (Ramli) was an active person, BWP, Koop and dapat gelaran MSU (mat surau) lagi. It turned up we were in the same University. Saya selalu bergurau dengan suami saya, kat oversea mana ramai Malaysians, so you have no choice, saya je yang ada kat U tu… But any way saya tetap bersyukur. Saya terselamat dari percintaan monyet zaman sekolah-sekolah dan keindahan Islam berlandaskan syarak mempertemukan kami dalam melayari bahtera rumah tangga dakwah.

So the event begin as early as 7.45 pm. Such a big crowd. I meet Ti, Zan, Roze, Fae, Oda, Radz, Nora and others. So many nostalgic memories had been recalled. Of course every one looks different at the age above 40s. Each of them with the fame career such as architects, engineers, doctors, lawyers and stayed in KL. You can count with fingers those who are teachers. Any how, Alhamdulillah, I'm not regret (though my ambition during schooldays was a doctor) I’m proud to be a teacher. For me, I’m not only deliver knowledge but far more important I "create" person for next generations as what our former teachers had done to us…



Tickets for the event. Ramli (147/79) and Sh. Faridah Hanim (115/80)


Ahad pagi
I just stayed at the room hotel while all my kids went shopping with their father. Sakinah got some novel books. Nazirah had a new slipper. Abbas was rewarded with a remote control car for his good performance in midyear examination. Said also got a pistol toy. While they were out, I cleared up the room and packed things. We have to reach Kuantan by 3.30 pm to attend Ijtima’Am at Ibnu Abbas.

Muhammad 'Abbas Salimi with his new remote control car.


Ahad petang.
Managed to reached SeRIA around 4 o’clock. Cikgu Din was half of his sermon. Alhamdulillah I still could listen another half of his speech. Antara point penting yang sempat dicatit,
1. Jika Allah mencintai seseorang, maka mereka akan diuji di dunia ini dengan sifat kebakhilan dan kesombonganya.
2. Apabila cahaya iman masuk ke dalam dada seseorang, maka mereka akan merasa lapang dan jauh dari dunia yang menipu. Sebalikknya hidup akan condong kepada negeri yang kekal abadi.
3. Buatlah persiapan sebelum tiba kematian.
4. Islam bukan bentuk kefahaman yang abstrak, falsafah atau teologi. Tetapi dipindahkan dalam bentuk yang konkrit, lahir dalam amalan kehidupan.
5. Pendukung kebenaran harus sabar dan tabah menghadapi cubaan.
6. Bila wujud kecintaan muslim kepada Allah swt, akan wujud semangat dalam melaksanakan perintah Allah swt samada yang wajib mahupun yang sunat.

Ya Allah, terimalah amalku yang tidak seberapa ini.

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu