
Hari ini hari pertama persekolahan
selepas penggal pertama berlalu.
Namun hati ini sayu tiap kali melangkah kaki.
Sampai je pejabat, jumpa je kawan2
air mata mula mengenang di kelompak mata.
Bukan nak lebih2 tapi Allahlah yang lebih mengetahui
perasaan dan hati ini....
Jumpa je kak eda.... huhu... paham2 je lah...
Terasa sangat kehilangan teman, rakan dan sahabat...

Kami guru2 matematik n sains memang rapat.
Hubungan seperti macam adik beradik...
Dikala suka dan duka kami sama2
berkongsi senang dan susah
dalam memberi didikan untuk anak2 di smkpb.

Lebih2 lagi bila ke meja arwah...
semua barang sudah kemas di simpan
oleh rakan2 mas dan akemarini.

Catatan2 di buku rekod arwah.
Buat tatapan anak2 didik mu...

Lihatlah kegigihan dan keikhlasan gurumu itu...
Moga semua menjadi amal yang berterusan
diterima Allah sebagai amal yang soleh.

Hadis dari Abu Hurairah yang bermaksud,
"
Apabila mati anak adam,
maka terputuslah amalannyakecuali daripada tiga perkara,
sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat
dan anak yang soleh mendoakan untuknya."
0 comments:
Post a Comment