Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Al Hami sedih tak dapat pijak bumi Palestin

2010/06/04

KUALA LUMPUR: “Hati saya sungguh sedih sehingga menitiskan air mata apabila tidak dapat memijak bumi Palestin selepas kapal Mavi Marmara yang dalam pelayaran membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza diserang tentera Israel, Ahad lalu,” kata Al Hami Husain Suhaimi.

Sukarelawan yang mewakili HALUAN Palestin, Al Hami Husain, 50, berkata, beliau yang pertama kali menyertai misi kemanusiaan itu sedikit pun tidak takut apabila berhadapan komando Israel yang lengkap bersenjata walaupun tentera Yahudi itu melepaskan beberapa das tembakan.

Saya bersama beberapa sukarelawan dari Indonesia ditugaskan di bahagian kiri kapal untuk memantau serta melihat pergerakan sebarang objek di laut. Pada jam 11 malam, kami difahamkan kapal akan diserang tentera Israel. “Kami tahu tidak mampu berlawan dengan rejim Zionis kerana tidak mempunyai senjata. Kami tidak takut, sebaliknya sudah bersedia untuk menempuhi apa saja cabaran.

Beberapa lama kemudian, saya melihat sebuah helikopter menuju ke arah kapal kami, sesekali helikopter itu memasang lampu dan menutupnya. Beberapa minit kemudian, helikopter itu berada atas kapal dan dengan pantas tentera Israel turun menggunakan tali khas sudah berada atas kapal,” katanya ketika dihubungi di Jordan, semalam.

Al Hami Husain berkata, sebaik tentera Israel memasuki Mavi Marmara, mereka yang berada atas kapal tidak melawan, sebaliknya tenang menghadapi situasi itu.

Saya marah dengan tentera Israel apabila mereka mula melepaskan tembakan rambang hingga mengorbankan dan mencederakan sukarelawan di kapal itu,” katanya.

SUMBER : http://www.bharian.com.my/

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu