Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

10 sukarelawan kita tidak serik

Oleh Norfatimah Ahmad, Nazura Ngah dan S Anand Kumar

2010/06/04

Aktivis sedia sertai semula misi bantuan ke Gaza jika diberi peluang

KUALA LUMPUR: Semua 10 sukarelawan Malaysia dan dua krew stesen televisyen Astro Awani yang melalui pengalaman ngeri apabila kapal Mavi Marmara yang mereka naiki diserang tentera Israel sebelum ditahan hampir 30 jam, tidak serik untuk menyertai semula misi bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza jika diberi peluang.

Ketua Misi Life Line For Gaza (LL4G), Noorazman Mohd Samsuddin, berkata semua sukarelawan masih bersemangat membantu rakyat Palestin walaupun tahu risiko yang menanti mereka.

Pengerusi Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) Palestin itu berkata, perkataan serik dan takut tidak pernah terlintas di fikiran sukarelawan Malaysia walaupun diperlakukan sebagai tahanan perang oleh rejim Zionis sejak Ahad lalu.

Walaupun melalui detik cemas dan terselamat daripada tembakan rambang tentera Israel, ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus menyertai misi kemanusiaan rakyat Palestin.

Kami masih bersemangat, malah keputusan Mesir membuka pintu di Rafah memberi harapan baru kepada sukarelawan misi ini.

Kami mungkin menunggu sedikit masa lagi sebelum kembali ke Gaza kerana nama kami sudah dikenal pasti tentera Israel,” katanya ketika dihubungi di Amman, Jordan, semalam.

Sukarelawan terbabit yang ditahan oleh tentera Israel dibebaskan dan selamat menyeberangi sempadan negara itu sehelai sepinggang dan tanpa pasport, kelmarin.

Seorang sukarelawan mewakili HALUAN Palestin, Mohd Nizam Mohamed Awang, 42, berkata jika diminta pergi ke Gaza sekarang pun beliau rela.

Petugas media untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berkata, semangatnya berkobar untuk membela nasib rakyat Palestin, terutama selepas serangan tentera Israel terhadap kapal mereka, selain melalui pengalaman diperlakukan secara kasar rejim Zionis itu.

Sebelum memulakan misi ini, saya sudah mempersiapkan minda dan fizikal untuk berhadapan sebarang kemungkinan. Jika saya ditakdirkan mati pun, saya menerimanya, malah keluarga juga dimaklumkan perkara sama,” katanya.

Satu-satunya sukarelawan Malaysia yang ditahan di penjara berasingan, Ab Halim Mohamed Redzuan kerana disyaki pengganas dan ada kaitan dengan rangkaian al-Qaeda juga bersemangat untuk meneruskan misi kemanusiaan itu.

Katanya, peristiwa dibogel dan disoal siasat tidak mematahkan semangatnya.
Seorang lagi sukarelawan, Al Hami Husain Suhaimi, 50, juga mewakili HALUAN Palestin yang pertama kali menyertai misi kemanusiaan Gaza turut menyatakan hasrat untuk menyahut cabaran sama jika diberi peluang.

Sementara itu, wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail, berkata sebagai seorang beragama Islam, beliau sentiasa bersedia untuk membantu rakyat Palestin.

Jurukamera Astro Awani, Samsul Kamal Abdul Latip, berkata walaupun pertama kali mengalami saat mencemaskan, ia tidak mematahkan semangatnya.

SUMBER : http://www.bharian.com.my/

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu