Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Catatan Dari Mavi Marmara 1.

altCatatan dari seorang relawan Mavi Marmara….

(Dr Mohd Arba’ai B Shawal)

Setelah 2 hari menanti dilaut akhirnya pd jam 6 petang waktu Turki kapal Mavi Marmara bergerak ke arah Gaza, lebih kurang 400 batu lagi. Mavi Marmara adalah sebuah kapal yang digambarkan sebagai ‘the giant vessel’ dengan ketinggian lima tingkat.
Tingkat bawah menempatkan relawan wanita dan bahagian injin serta klinik. Tingkat/dek 2 dibahagian tengah adalah ‘announcement centre’, membahagikan 2 ruang besar dihadapan dan dibelakang. Di ruang hadapan menempatkan relawan dari Turki dan di ruang belakang menempatkan relawan dari negeri lain. Kami relawan dari Malaysia dan Indonesia bertempat diruang belakang berdekatan dengan beranda kapal yang mengadap ke laut.

Kami berjumlah 10 orang bersama-sama dengan 2 orang press dari Astro Awani. Relawan Malaysia diketuai oleh Norazman Samsuddin, Nizam Awang, Dr Syed Halim,Dr Mohd Arba’ai dan Ust Al-Hami dari NGO Haluan, Dr Selamat Aliman dari PACE, Ust Hasanudin dari Aqsa As-Syarif, Tn Hj Jamuliddin Alias dari Yayasan Amal, Halim Redzuan dari Muslim Care dan 2 orang wartawan astro awani iaitu Aswad dan Shamsul. Disini kami bersama-sama dengan relawan dari Mesir (Ahli Parlimen Mesir) ,Algeria dan lain-lain.
altTingkat/dek 3 diruang depan selepas tangga adalah ruang untuk press room dan disebelah belakangnya adalah ruang untuk solat berjemaah(Ini adalah ruangan terbuka yang mengahadap kelaut). Dibahagian belakang tingkat 4 adalah tempat untuk shooting dan press dijalankan untuk menghebahkan setiap detik perjalanan keseluruh dunia. Tingkat atas adalah satu ruangan terbuka yang merupakan tempat larangan melainkan mereka yang telah diberi kebenaran . Di bahagian depan tingkat lima ini adalah bilik pemanduan.

Pada hari itu catuan makanan telah bermula iaitu tiada makan tengahari hanya makan malam dan sarapan pagi.Ini kerana kami merasakan mungkin akan berada di perairan antarabangsa selama sebulan jika Israel berdegil dengan menahan kami di perairan antara bangsa. Begitu juga para relawan tidak dibenarkan untuk mandi manda sama sekali.

Tepat jam 8 .20malam azan dikumandangkan oleh relawan dari Syria sungguh sayu sekali. Kami bersolat jamak Maghrib dan Isyak berjamaah. Imam membaca surah yg agak panjang dengan suara yang mendayu-dayu. Semasa imam membaca qunut nazilah kedengaran ramai yang mengalirkan air mata,teresak-esak mengharapkan pertolongan Allah. Aku merasakan betapa kerdilnya diriku dibandingkan dengan Allah SWT. Begitu juga kerdilnya diriku berbanding samudera lautan yang tak kelihatan tepinya, dengan langit yang tidak kelihatan batasannya. Airmataku mengalir merasakan penuh kerendahan kehadrat Allah swt. Dalam hatiku berdoa untuk kejayaan Mavi Marmara ke Gaza. Aku juga menuluskan hatiku sekiranya esok hari akhir hidupku, moga-moga Allah menerima syahadahku dan membersihkan niatku. Masih terngiang-ngiang ingatan dan pesanan dari Ustaz Abdullah Thaidi dan saudara Solehuddin kepadaku sebelum kami berlepas di KLIA beberapa minggu yang lepas.

Sedikit taklimat keselamatan oleh Ust Hassanudin untuk semua relawan dari Malaysia dan Indonesia . Mereka semua diminta membuat persediaan. Diruang solat masih ada lagi tazkirah yang disampaikan oleh relawan Arab seolah-olah mereka tidak merasai bahaya yang mendatang.

Jam 11malam, masing-masing telah memulakan persediaan seperti demo memakai alat-alat keselamatan, demo memakai life jaket dan lain-lain.Pada masa itu saya dan Dr. Syed Halim telah ditempatkan diruang solat untuk bersiap sedia memberikan khidmat kesihatan kepada relawan dikiri dan kanan dek 3. Dek 3 ini dihubungkan dengan dek 2 melalui 2 pintu dikiri dan kanan. Pusat operasi perubatan terletak di dek 2 dengan peralatan dan kemudahan yang sangat ala kadar. 2 orang jururawat ”standby” disitu.

Solat subuh berjamaah pada jam 4.30pagi. Punyalah lama imam membaca surah dan qunut nazilah. Seisau lepas solat, kedengaran bunyi bising dari rakan-rakan sukarelawan dan bunyi letupan kuat. Saya terus bergegas mengambil posisi. Rakan-rakan dari Malaysia dan Indonesia mengambil posisi disebelah kiri dek paras 3, bersiap sedia dengan hos pili bomba dan apa saja yang dapat diambil samada botol minuman atau batang kayu penyapu dan beberapa rod besi. Bahagian atas kapal upper deck dikawal oleh relawan dari Turki seramai lebih kurang100 orang. Mereka berkawal melindungi kapten kapal dari ditawan oleh para lanun Israel. Dikanan kapal juga dikawal oleh para relawan dari negara lain. Begitu juga berpuluh relawan mengawal dibahagian hujung belakang kapal yang mengadap ke laut.

altTanpa amaran lanun Israel terus menyerang dengan 3 bot laju dikiri dan 3 bot laju di kanan Dan 2 di belakang , mereka cuba menawan kapal. Letupan kuat berlaku dikiri kanan, belakang dan atas. Mereka menggunakan bom asap, bom cahaya dan bom bunyi. Para sukarelawan menggunakan berbagai cara untuk menghalang kapal ditawan lanun Israel ini. Pancutan air dari pili bomba, botol kayu dan besi digunakan untuk mempertahankan Mavi Marmara. Pada masa itu saya berada di belakang kapal dek tingkat 3 di ruang solat, melihat Ahli Paelimen saudara Jamal membaling botol kepada lanun Israel yang cuba memanjat tebing tepi kapal. Mereka ketakutan dan menjauhkan bot dari kapal. Saya juga lihat cahaya laser berligar-ligar di badan Dr Selamat dan Ust Hassanuddin. Rupanya itu cahaya dari senapang Israel.

Semakin banyak bom asap yang jatuh ke tepi dek tempat relawan Malaysia dan Indonesia berkawal. Haji Jamaluddin melepaskan pili bomba yang dipegangnya kepada seorang relawan Indonesia Mas Okvi lantas Haji Jamaluddin yang memakai topeng gas membuang satu persatu bom asap tu ke laut. Yang anehnya setiap kali bom asap jatuh ke lantai dek,angin kuat bertiup menyebabkan tidak satupun yang terbatuk-batuk atau sesak nafas. SubhanAllah pertolongan Allah datang tanpa diduga. Tiba-tiba kedengaran satu letupan kecil dan pergelangan tangan Mas Okvi berdarah. Mas Okvi telah ditembak oleh lanun Israel keparat itu. Mas Okvi terus berlari ke dalam kapal untuk mendapatkan rawatan.

Tidak ada seorang relawan pun yang bersembunyi atau ketakutan ,masing-masing begitu gagah berani cuba menyelamatkan kapal. Mereka sentiasa pasrah menang atau .. Dilautan diberitakan ada 20 kapal perang Israel dan 2 kapal selam Israel menyertai armada lanun untuk merampas Mavi Marmara.

Didalam bilik berita puluhan wartawan sedang sibuk membuat liputan dan menghantar berita ke ibu pejabat masing-masing sebelum aliran internet dan satelit di blok oleh pihak berkuasa Israel. Mas Suria dari media Indonesia bergegas keluar dari bilik berita dengan kameranya untuk merakamkan peristiwa yang berlaku. Tiba-tiba dia terjatuh ke lantai dan mukanya pucat lesi. Dia sempat ditarik ke dalam bilik berita oleh rakan-rakan dari press . Darah menyembur dari dada kanan beliau. Peluh dingin membasahi dahi dan badannya. Pertolongan cemas diberikan kepadanya .
....................................................................................................................................................

Sementara itu Dr Arif Rehman mengkhabarkan bahawa satu helikopter datang dari atas, 3 komando lanun Israel turun menggunakan tali, sampai kebawah terus ditangkap oleh relawan Turki, senjata mereka dirampas, mereka ditawan. Didapati pada diri mereka ada risalah menyiarkan gambar foto 16 orang yang akan dibunuh, antaranya Presiden IHH Bulent Yıldırım, seorang paderi dan Sheikh Raid Solah.

Helikopter pertama meninggalkan kapal apabila relawan Turki menghalakan lampu spotlight kepada mereka. Datang pula helikopter kedua dan beberapa komando turun menggunakan tali, sSangat cepat dan pantas sekali.

Seorang relawan Turki, saudara Nicchi yg sedang ambil foto ditembak tepat didahi antara kedua keningnya dan tembus kebelakang meninggalkan luka sebesar tapak tangan dan otak tersembur keluar. Darah menyembur seperti air paip terus membasahi lantai kapal. Dr Arief Rehman Dari Mercy Indonesia terus meluru kepada relawan tersebut, otaknya bertaburan dilantai. Dr Arief cuba merawatnya , apakan daya relawan Turki itu terus tercungap-cungap. Relawan lain membantu membawa beliau ke dek tingkat 2 untuk dapatkan rawatan lanjut. SubhanaAllah dia telah syahid menemui RabbNya.

Apabila komando Israel telah mula menembak menggunakan peluru hidup dan mengorbankan seorang relawan, maka Bulent Yıldırım, pengerusi IHH mengarahkan supaya mengibarkan bendera putih tanda kami menyerah diri. Tetapi lanun Israel terus menembak relawan yang berada dibawah mereka secara membabi buta . 3 orang lagi yang terkorban. Ramai juga para relawan Turki yang ditembak di dada, perut, tangan ,kaki dan betis. Rupanya ada juga komando lanun Israel yang tercedera kerana terkena tembakan rakan sendiri. Dr Syed Halim, sahabat saya yang merawat luka lanun Israel yang tercedera itu. Dr Syed meminta beberapa relawan Turki memegang lanun Israel itu, lanun itu kelihatan takut dia akan diperapa-apakan oleh Dr Syed. Akhirnya didalam kekecohan itu, lanun Israel terjun ke laut.

Situasi kapal Mavi Marmara semakin kelam kabut. Ketika itu saya berada di ruang solat dek 3. Saya sedang sibuk mengambil foto bot-bot lanun Israel itu. Tiba-tiba dikejutkan oleh beberapa relawan Turki dari tingkat atas yang membawa seorang rakannya yang tercedera. Walaupun agak kepayahan, saya cuba mengarahkan mereka ke ruang rawatan yang terletak di ruang tengah dek 2.

Diruang rawatan itu saya sangat terperanjat melihat seorang yang telah syahid dan 2 orang yang sedang diresusitasi oleh Dr Syed Halim bersama rakan-rakan doktor yang lain. Seorang relawan yang nazak cuba kami bantu dengan menginfuse drip NS dan memberikan resusitasi. Keadaan memang sangat gawat sekali kerana kekurangan peralatan yang ada seprti drip set, branula, oksigen, plaster dan lain-lain. Ini kerana kami tidak menyangka Israel sanggup bertindak seganas dan sesetan ini. Dalam taklimat yang kami terima sebelum ini kami hanya menyangka mendapat luka-luka ringan dan tiada kematian. SubhanaAllah inilah keturunan manusia yang pernah menyembelih Nabi Yahya dan Nabi Zakaria dan membunuh beribu saudara kami di Palestin. Pada hari ini kami bukan berdepan dengan manusia tetapi berdepan dengan para syaitan yang berbFont sizeadan manusia.

………Bersambung.

Perkongsian oleh Dr. Mohd Arba’ai B Shawal, Exco HALUAN Pusat, relawan HALUANPalestin yang menyertai LL4G yang berada dalam kapal Mavi Marmara yang telah diserang komando Israel pada 31 Mei 2010 yang lalu.

SUMBER : http://www.haluan.org.my/v3/index.php/catatan-dari-mavi-marmara-dr-mohd-arbaai-b-shawal.html

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu