Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Seminar Menangani Gejala Sosial

Selesai solat subuh pagi ini di Surau ILIM,
diadakan kuliah subuh yang disampaikan oleh Cikgu Adi.
Sudah lama tidak mendengar peringatan
atau penyampaian dari beliau.
Suaranya masih tidak berubah.
Terasa masih tergiang2 di telinga saya
mengimbas kembali ketika
pertama kali mendengar penyampaiannya
yang bertajuk rukun usrah di Fresno suatu masa dulu...
Dan di subuh yang hening ini,
Cikgu masih lagi mengemukakan
sirah yang sama, kisah Khubaib bin Adi...
Betapa iktibar dari sirah kepahlawanan generasi sahabat
tidak pernah kering di telan zaman.
Ia akan menjadi peringatan yang menyegarkan
buat dae' dalam perjalanan dakwah.



Penyampaian KK 1 pagi ini bertajuk
Senario Gejala Sosial di Malaysia yang di sampaikan
oleh saudara Mohammad Zahir Zainuddin.
Seorang penyelidik bebas yang mengkaji
perkembangan sosial di Malaysia.
Sekali lagi saya di paparkan dengan
fakta yang mengerunkan.
Globalisasi dan dunia tanpa sempadan
jika tidak dibimbing dan dipandu
memang memberi impak negatif.
Dadah, jenayah, mat rempit, keganasan, penderaan
dan pelbagai bentuk penyakit masyarakat hari ini,
semua natijah bila tidak kembali kepada
sistem hidup islam yang syumul dan kamil.



Kemudian KK 2 bertajuk
Memahami Psikologi Remaja
telah disampaikan oleh
Prof Madya Dr Asmawati Desa
dari Pusat Pengajian Psikologi dan
Pembangunan Manusia UKM Bangi.
Kajian2 beliau mengukuhkan lagi remaja
di Malaysia hari ini berhadapan dengan
krisis keruntuhan akhlak yang membimbangkan.
Satu yang menyentuh hati tentang kealpaan
ibu bapa dalam mendidik iaitu
ever since TV teaches opposed value to children
but parents never bother about it.
And now it has computer as his wife
and a cell phone as his first child.
Maka teknologi jika disalah gunakan akan merosakkan.
Sebagai ibubapa kita mesti berhati2.
Dan tidak ada jalan penyelesaian yang terbaik
selain dari kembali kepada fitrah islam yang salimah.



Petang dipenuhi dengan forum yang di pengerusikan
oleh Ustaz Mohd Najib b Abdullah (USIM).
Panel terdiri dari Dr Abdullah Sudin b Abd Rahman
Presiden HALUAN, Dr Azizan Ahmad, UKM
dan Ustaz Mohd Ajib b Ismail, JAKIM.
Tajuk forum ialah Keluarga Cemerlang
Masyarakat Gemilang.



Dan Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh
Yg Bhg. Dato' Hj Wan Mohamad b Dato' Sheikh Abd Aziz
Ketua Pengarah JAKIM.

Malam pula disambung dengan aktiviti
bersama HALUANITA pula.
Ceramah keibubapaan oleh Tn Hj Rosdi Baharom.
Baru minggu lepas beliau datang ke Kuantan
berceramah dalam seminar di masjid negeri.
Alhamdulillah, penyampaian beliau mengukuhkan
lagi ilmu yang saya telah dapat dalam
seminar yang lalu.

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu