Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Sambutan Hari Guru

Align Center

Pagi ini kat sekolah ada lagi
sambutan hari guru peringkat sekolah.
Sebagai seorang guru saya amat merasakan cabaran
dalam mendidik pelajar2 di zaman mutakhir ini.
Zaman mereka jauh berbeza dengan zaman kita dulu.
Dulu cikgu cakap sekali murid2 ikut tanpa soal panjang.
Kini sekali cikgu cakap belum tentu di dengar,
apatah lagi nak ikut dan buat.
Tu pun belum cerita lagi bab2 akhlak dan aqidah.
begitu rapuh dan ampuh.
Maka saya rasa perlu sangat kita sebagai guru2
membimbing tangan2 mereka ini agar mereka tidak
terkapai2 dalam mencari identiti diri.
Sebenarnya jiwa mereka kosong tiada bimbingan
iman untuk merasa kehangatan cinta kepada Illahi.
Maka sebagai guru mari kita mengorak langkah
sentiasa membimbing dan mendidik
anak bangsa yang hati sentiasa dekat
dan jiwa sentiasa rindu dengan ALLAH....



Habis acara sambutan hari guru
ada majlis persaraan Pn Hjh Zainab Abddulah,
yang lebih mesra saya panggil Kak Nab.
Kakak yang paling tua di SMKPB
dan paling lama berkhidmat disini 23 tahun.
Hujung minggulah saya bertungkus lumus
mencuri setiap masa yang ada (sebab ada LADAP
n Gotong royong) untuk menyiapkan
persembahan multimedia buat Kak Nab.
Kadang2 mati akal juga sebab saya mahir bab2 teknikal
tapi sentuhan kreativiti tu kureng.
Dan rupa2 perkara lain perlu juga nak fikir
dalam menjaga syara', lagu apa nak pilih,
dan gambar mana nak letak....



Petang pula, raikan Kak Nab dengan High-Tea
dengan rakan2 guru yang lain.
Saya akan ingat Kak Nab sebagai pendorong
saya untuk berblog. Dan dengan blog saya
berukhwah dengan Kak Nab.
Kalau tak kat sekolah tu,
dalam sehari tak sempat nak bertegur pun.
Selagi lagi saya ucap selamat bersara buat Kak Nab.
Tentu masa yang ada lebih banyak
boleh digunakan untuk mendekatkan diri
secara khusus dengan ALlah swt.

1 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah May 29, 2009 at 9:17 AM  

Alhamdullilah Pah..lega sikit bila dah duduk kat umah nih! Buat apa yg patut..ada lebih masa utk mendekatkan diri dengan Allah SWT..Insya Allah.
Semoga Pah terus gigih berbakti utk anak2 kita & Allah merahmati Pah sekeluarga.

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu