Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Ke ILIM Bangi



Pagi2 selepas sarapan, jam 9 pagi hantar anak2 ke
Dewan Sg Isap Damai kerana ada pertandingan mewarna
sempena majlis pelancaran Kempen Jenayah Bebas
anjuran KRT SID. Said pun sibuk nak mewarna
walaupun tak cukup kategori umur.



Jam 2.00 pm saya menumpang kenderaan Ukht Sara ke
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi kerana menghadiri
Seminar Menangani Gejala Sosial anjuran JAKIM
dengan kerjasama HALUAN Malaysia.
Alhamdulillah perjalanan yang amat selesa menaiki
MPV tiba di ILIM jam 5.30 PM.
Ini pertama kali saya sampai ke sini,
perkhidmatan asrama amat memuaskan.
Cukup selesa, entah kenapa saya merasa rindu.
Kalau masa dulu2 bila ke tamrin
(nama tak glamour bagi seminar...)
peserta2 akan berkumpul ramai2,
apartment 2 bilik muatnya 20 orang...
(sekarang sebilik 2 orang)
tidur berbantalkan beg pakaian...
disitulah kemesraan dan ukhwah berputik.
Ah... zaman sudah jauh berubah,
sekarang ilmu dicari dalam suasana yang amat selesa.
Doa saya moga Allah swt memberi sesuatu kekuatan
untuk dibawa pulang bila tamat seminar nanti.



Malam seminar diadakan di auditorium
yang cukup besar dan indah.
Seminar bermula dengan penyampaian kuliah 1
bertajuk Gejala Sosial di Kalangan Remaja
yang disampaikan oleh
Prof. Ahmad Yusoff b Hassan, dari UTem Melaka.
Beliau memaparkan fakta2 yang cukup mengerunkan
berkaitan gejala sosial remaja masakini.
Kesimpulan yang dapat saya ambil,
remaja yang terpinggir jika dibiarkan
memang akan terus hanyut.
Dan bukan mudah untuk kita turut merasai
bertanggungjawab menanganinya.
Maka kisah bahtera 2 tingkat perlu diambil iktibar.
Jika tingkat bawah bahtera bocor
tapi penghuni di tingkat atas mendiamkan diri
dan membiarkan penghuni bawah membaikinya.
Lama kelamaan bahtera akan karam.
Atau lebih parah penghuni bawah pun turut berdiam diri,
lalu bahtera akan karam dengan lebih cepat...



Kuliah 2 pula di sampaikan oleh Saudara Razali Maarof
yang membentangkan KK bertajuk
Sistem Pembangunan Pelajar Seimbang di KTD.
Dapat saya rasakan kunci segala permasalahan
kembali kepada qadiyah yang sebenar
iaitu permasalahan aqidah islamiyah.
Dan jika ia ditangani dengan sempurna,
iman dan taqwa sebagai tunjang
insya'Allah natijahnya Allah akan beri.
Satu ungkapan yang menarik dari penceramah
mengaji biar pandai, perangai biar 'juruh,
hidup biar boleh tumpang (bermanafaat)...

Dan malam pertama seminar berlalu
dalam suasana yang padat.
Dan yang mengembirakan bertemu rakan lama
junior xkt ukht Dahliana Mohd Dagang.
Dia masih ingat saya menghadiahkannya
baju kurung maktab.
(kerana dulu2 pelajar pakai kemeja dan skirt labuh)
Dan saya hampir terlupa peristiwa itu...

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu