Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

2nd Day kat Maktab



Hari ini ada ceramah kerjaya.
Sebelum tu all the xktians are invited on stage.
Bergema dewan Ibnu Sina bila semua nyanyi lagu maktab.
Quite a nostalgic moments especially for those who
yang lama tak balik maktab.



Sementara menunggu mereka berkudapan di dewan selera
saya singgah ke bilik kakak saya. Dia sedang menghabiskan
semakan Fail Rekod Mengajar. Satu yang menarik,
kalau sekolah kerajaan biasa guna Buku Rekod Mengajar.
Dalam fail tu semua Lesson Plan berteknologi tinggi...
menggunakan ICT dan di tulis cukup detail
macam buat lesson plan praktikum.


Untuk ceramah kerjaya, Pelajar dibahagi kepada kumpulan kecil2. Ada group doctor, management, architecture etc2. Suami saya dalam group engineering. Tak sangka pulak saya rupa2 dia menyediakan slaid yang cukup lengkap, ceramahnya nampak macam banyak benda nak share... Melihat anak2 pelajar mereka cukup untung ada yang membantu beri opinion nak pilih kerjaya apa. Zaman saya dulu hanya Kak Nani kounselor je yang beri opinion, tu pun saya rasa saya dalam kumpulan undecided. Habis belajar balik dari US baru saya rasa naluri saya nak jadi doktor... pelik kan??? Saya ingat masa balik habis belajar dari US, sepupu saya xkt86 (Tg. Ahmad Kamal) sedang buat doktor di UKM. Saya suruh dia risik2 kot2 saya boleh buat 2nd degree... Tapi memang imposible pun. Masa kat maktab saya pernah beritahu pada ayahanda saya, "Walid, Dah nak ambil doktor boleh?". Ayahanda kata,"Boleh ke nak pereksa pesakit lelaki?" Aduh2 punyalah saya tak boleh nak fikir, jahil tak tahu hukum, ingatkan berdosa periksa pesakit lelaki. Saya tak jadi pilih kerjaya sukaan saya. Saya pilih ke US ambil Computer Science. Tu pun kira ikut2 sebab masa tu kakak saya yang ke-5 juga kat Boston buat Computer Science. Walau bagaimana pun alhamdulillah, penyusunan Allah sangat baik. Saya bersyukur sangat2 jadi guru. Walau tak seglamour kerjaya orang lain, tapi saya rasa kemuliaan. Guru mendidik generasi pewaris akan datang. Siapalah saya kalau saya tak dididik oleh guru2 kat mrsmkt 25 tahun dulu. Saya masih ingat masa saya mula2 saya jadi guru, first day saya mengajar saya menangis sebab saya teringat guru2 lama saya, Cikgu Siti Bedah, Cikgu Rohani, Cikgu Siti Fatimah, Cikgu Rahim, Cikgu Syukri (selalu usik nama saya panjang sebab dia akan panggil saya tiap kali nak daftar SRP dan SPM) dan lain2. Saya tidak seperti saya kalau bukan tangan2 mereka mendidik saya...


Sambil tu saya meninjau pemandangan maktab.
Dewan Selera dan Surau tak nampak banyak berubah dari jauh.


Tapi belakang maktab sudah bertukar wajah.
Tiada lagi asrama kayu tempat saya dulu2 tinggal.


Laluan Dewan Syarahan, banyak menyimpan kenangan. Bilik sakit sudah tak lagi di situ. Saya masih ingat kawan saya (dan sekarang ni sudah jadi doktor pun), pernah ambil SPM kat situ kerana masa tu dia sakit. Bilik Seni sudah bertukar wajah.Bilik Ketua-ketua Bidang, saya ingat Bilik Cikgu Hassan, guru Geografi saya. Saya tak boleh bayangmacam mana saya boleh score SPM Geografi,sedangkan kelasnya saya suka tidur. Tapi yang saya ingat saya hafal aje nota cikgu, kalau tak silap faktor2 perikanan di Canada... Di Makmal Sains juga banyak khazanah. Dulu SPM ada praktikal. Buat eksprimen sendiri2. Masa SPM berdebar2 tapi nasib ada En Hussein pembantu makmal yang baik hati beri hint. Dan di Dewan tingkat 2 tu tempat pameran.


Depan library pun ada taman.
Dulu rumput hijau je.
Pejabat lama sudah jadi Bilik Kaunseling.
Dan Bilik guru dulu2 sudah berubah wajah.



Saya tak lama menunggu, lepas snap2 gambar
saya balik sebab anak2 ada di rumah.
Rupa2nya mereka sudah ke kolam mandi.
Hah dulu mana ada swimming pool.
Biasalah budak2 mana boleh tahan kalau jumpa air.
Maryam berenang macam ikan.
Tapi Said tak boleh mandi sebab air dalam.
Nazirah pun main digigi kolam.
Air sampai kat tengkok Abbas.
Saya balik rumah masak nasi goreng...
Sebabnya for sure lepas mandi semua perut lapar.



Lepas Asar pergi ambil Kak Long di rumah Mok Ngoh.
Order Char Kuey Teow 5 bungkus dimasak oleh Nizam.
SuDa buka kedai di Bukit Depu depan CC Zaim.
(hah.. ini promosi kedai Zaim ye...)



Malam hujan lebat. Makan dinner kaki ngarung air... Kak Long dan Kak Ngah excited dapat jumpa pengarang Dear Yayah, Farihah Iskandar @ Sis Nor Hazizam She's xkt83. Saya pun jumpa dengan Big Sister saya dulu2 Sis Puteri Suzana. Cuma komen Kak Long, "Small Sister dulu2 sudah jadi Big Size Sister..."

Saya hanya melihat dari jauh, gelagat2 xkt83. Memang terbayang keseronokan pada setiap wajah mereka bila masing2 bertemu rakan2 lama yang memang sudah lama tak jumpa. (saya pun boleh bayang xkt84 sedang berseronok juga jumpa kawan2 lama di Kemaman tu, I miss them...) Saya ingat dulu2 cikgu Rahim (guru Add Math saya) pernah bagi cerita dari Risalah Fikratuna, pasal ikan Salamon. Dia kata "Tahu tak ikan salamon bila nak mati dia akan balik semula ke sungai asal dia". Terpegun saya mendengar tazkirahnya. (Jangan salah faham... kita semua memang akan mati) . Tapi point saya rupa2nya bila kita didik dengan baik kita juga akan ingat asal usul kita. Kita akan ingat balik tempat dimana kita membesar dan dibesarkan. Dan saya dapat lihat semua xkt first, second, third and all the batches really appreaciate apa yang mereka sudah dapat di mrsmkt ni. Pengalaman hidup yang cukup bermakna. Namun sedarkan kita, sedikit demi sedikit kita sudah mula merasakan kehilangan nikmat yang Allah pernah beri pada kita suatu masa dulu. Kita sudah jauh meninggalkan zaman remaja kita. Kini sudah ramai rakan2 sebaya kita sudah dipanggil pulang bertemuNYA... Doa saya moga semua rakan2 xkt tidak kealpaan untuk bersedia mencari bekalan di negeri yang satu lagi...

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu