Hari ini masa2 yang ada kat sekolah mencetak dan mengedar jadual waktu baru. Kalau ikut janji kena edar Isnin, tapi kelmarin aktiviti penuh dengan sambutan hari guru dan persaraaan Kak Nab tak sempat nak celah. Alhamdulillah pengetua dan datin faham. Sambil mengedar hati ini tak habis berdoa moga semua orang berpuas hati dengan susunan jadual baru. Bukan senang nak memenuhi semua kehendak. Saya selalu ingatkan diri saya sabut dan batu dua2 untung. Untung sabut timbul dan untung batu tenggelam. Walaupun tenggelam, tetap untung, lebih2 lagi timbul memanafaatkan. Ada masa kali ini cantik susunannya ada masa tak cantik, hari2 ada waktu akhir... Nak buat macam mana lagi yang menyusun atur tu program komputer. Kita ubahsuai diri kita dengan penyusunan jadual baru itu agar masa itu dimanafaatkan. Kerana setiap detik itu akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah swt.
0 comments:
Post a Comment