Cadangan untuk bertolak awal. Tapi biasalah, macam2 agenda Naemah dan 'Abbas nak gi BBQ dulu kat rumah Pakcik Zahir. Tengahari ada jemputan sempena naik rumah baru Kak Pah. Alih2 jam 3 lebih baru boleh bertolak. Ada berbaki 4 jam aje lagi nak drive ke KT. Kena sampai ke maktab sebelum maghrib sebab suami saya kena buat first talk dia lepas maghrib nanti. Dalam kereta pun terima call dari rakannya bertanya bila nak sampai.
Jam 6.15 petang saya menghampiri kawasan maktab. Kereta melalui depan UDM, dulu KUSZA. Saya bercerita kepada anak-anak, "Umi dulu kalau kereta tok'ki sampai je kat KUSZA mula sejuk kaki tangan. Hati berdebar2 nak balik maktab." Saya pun tak faham lenapa saya jadi begitu, padahal bukannya lewat hantar. Ayahanda seorang yang sangat patuh dengan masa dan peraturan. Kalau kata mesti balik asrama sebelum jam 6.00 petang, jam 5.00 sudah sampai kat maktab. Dan hari ini pun saya rasa berdebar2 (nak jumpa rakan2 senior lama ke?). Sebenarnya bukan tak biasa datang. Rumah kakak saya pun di dalam. Tapi kedatangan kali ini agak lebih bernostalgia kerana reunion xkt83 (suami saya) sempena 25 tahun meninggalkan maktab. Saya pun menumpang reunion kerana saya juga bekas pelajar maktab juga (xkt84).
Tempat yang jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat saya menuntut ilmu. Tempat saya mula-mula belajar untuk berdikari. Tempat saya belajar menyedari pengorbanan ayahanda dan bonda untuk membesarkan kami adik beradik demi untuk menimba ilmu di dada. Ah.. Masih segar dalam ingatan saya, kedatangan saya ke maktab tidak seperti rakan2 yang lain yang sudah tentu berbangga kerana dihantar oleh ibu dan ayah mereka. Yang mendaftar saya masuk maktab ialah tok saudara saya, ayahanda Engku Ubaidillah. Bonda dan ayahanda terpaksa Kuala Lumpur kerana menghantar kakak saya yang ke 4 (Umi Pah..) melanjutkan pelajarannya ke USA. Dulu saya tak rasa apa2. Tapi kini bila saya kenangkan kembali... itu lah satu pengorbanan yang besar dari ayahanda dan bonda. Saya pasti bukan satu keputusan yang mudah untuk ayahanda dan bonda memilih samada untuk menghantar saya atau kakak saya. Sungguh besar pengorbanan mereka buat anak-anak.
Setiba di maktab, terus menuju ke bangunan akademik, bangunan empat segi yang masih gah berdiri walau pun sudah agak usang. Semestinya tiada orang di meja pendaftaran kerana lewat petang. Semua sudah ke dewan selera untuk makan malam. Saya biarkan suami saya menuju ke dewan makan. Saya tidak mahu mengganggu ke'excited'an dia bertemu rakan2 lamanya. Melihat maktab, saya terkenang kawan2 lama saya. Mereka pun sedang berreunion di Kemaman, kat rumah Che Penn, on the same date and day... Nak buat macam mana kaki saya sudah diikat sebelah... Saya dapat rasa Roze and the gangs sedang bertungkus lumus nak kumpul kami2 xkt84. Saya cuba arrange nak gi dengan Mek La, tapi dia pergi awal, jadi saya tak sempat nak tumpang. Mungkin sudah suratan bukan rezki saya untuk bertemu mereka...
Sambil2 tu saya mengatur langkah untuk menyusun kembali kenangan lampau saya di maktab. 29 tahun lalu (1980) saya mula menjejak kaki ke sini. Kalau dulu jalan ke surau gondol, tapi kini pokok pagarnya menghijau tinggi. Bulatan Taqwa juga sudah berubah wajah. Kalau dulu tanah masih gersang, dan pokok2 baru mula nak tumbuh, kini berdiri megah pondok ilmu di tengah2nya. Kalau dulu disinilah tempat saya dan rakan2 berlari2 dan berkejar2an dalam kelam malam2 balik dari prep. Terlalu banyak kenangan di sini. Kemudian saya menghantar anak2 ke rumah Umi Pah untuk berehat.
Saya dan suami solat maghrib di surau maktab. Satu ketika dulu surau ini pernah ditukar status kepada masjid. Semua pelajar lelaki solat jumaat di sini. Kemudian di tarik balik status nya itu. Setiba saya di surau pelajar sudah memenuhi ruang surau. Saya bersalaman dengan anak2 pelajar. Ada yang malu2 bersalam dan ada yang agak kehairanan. Mungkin tertanya2 siapakah gerangan yang tiba2 hadir malam ini... Saya cuba mencari2 wajah2 yang saya kenal, tapi tak nampak lagi. Suami saya menjadi imam untuk solat Maghrib. Saya boleh rasa, tentu dia juga mengimbau masa lampaunya. Di surau ini dia pernah menjadi imam dan bilal. Di surau ini juga dia bergilir2 dengan sahabatnya Akh Mat Taib membaca ta'lim ta'lum. Terlalu banyak kenangan silam tersimpan di surau ini.
Selesai solat maghrib. Suami saya membuka agenda aktiviti xktnya dengan membuat talk berkaitan dengan Palestin. Sempat dia mencuri perhatian pelajar yang hadir, "Saya bekas pelajar mrsm kt, no maktab 147/79. Isteri saya juga xkt, no maktabnya 1 dot dot/80". Saya tahu manalah dia nak ingat no maktab saya, kenal saya pun tidak masa kat maktab. Tapi, "Ya..." panjang suara anak2 pelajar menyampuk. Dan cepat2 suami saya menyambung, "Tapi kami tak pernah kenal masa di maktab. Cuma mungkin sudah jodoh, kami bertemu..." Saya mendengar suami saya berceloteh sebelum memulakan ceramahnya. Dari jauh saya tersenyum. Memang ya, kami tak pernah kenal masa di maktab. Tak terlintas di hati saya pemilik suara yang membaca ta'lim ta'lum menjadi suami saya. Dan saya amat merasa Allah maha pemelihara, saya amat2 syukur semasa saya di maktab dulu, saya dipelihara olehNYA dari kisah2 cinta monyet...
Selesai solat maghrib. Suami saya membuka agenda aktiviti xktnya dengan membuat talk berkaitan dengan Palestin. Sempat dia mencuri perhatian pelajar yang hadir, "Saya bekas pelajar mrsm kt, no maktab 147/79. Isteri saya juga xkt, no maktabnya 1 dot dot/80". Saya tahu manalah dia nak ingat no maktab saya, kenal saya pun tidak masa kat maktab. Tapi, "Ya..." panjang suara anak2 pelajar menyampuk. Dan cepat2 suami saya menyambung, "Tapi kami tak pernah kenal masa di maktab. Cuma mungkin sudah jodoh, kami bertemu..." Saya mendengar suami saya berceloteh sebelum memulakan ceramahnya. Dari jauh saya tersenyum. Memang ya, kami tak pernah kenal masa di maktab. Tak terlintas di hati saya pemilik suara yang membaca ta'lim ta'lum menjadi suami saya. Dan saya amat merasa Allah maha pemelihara, saya amat2 syukur semasa saya di maktab dulu, saya dipelihara olehNYA dari kisah2 cinta monyet...
0 comments:
Post a Comment